November 25, 2011

tembok China


telahku bina tembok dihatiku
agar aku boleh mengecapi cinta yang Satu
YA , Allah itu Tuhanku
DAN , Islam itu agamaku

mungkin aku masih lagi manusia biasa
yang punya cinta dan cita
tapi manusia itu makhluk termulia
tiada apa yang mustahil apabia si-Dia berkata
"kun fayakun" ayat azimat-Nya

dan aku hanya mampu merancang
Allah juga yang menentukan
azamku tiada cinta bagi waktu sekarang
masa hadapan menjadi tumpuan

Diploma dalam gengaman
Germany telah ditawan
selepas itu akanku pertimbangkan
agar keputusan itu tepat dan berpadanan

November 20, 2011

20112011


hari ini punya tarikh lawa kan ?
takde pulak kome-kome ni nak menyibuk cakap pung pang pung pang pasal tarikh arini .
haritu bukan main lagi 11.11.11 korang menyibuk suka sana sini .

taksub sangat agaknye dengan tarikh tu .

hari ini tarikh bermakna bagi aku
usai menghabiskan Contengan Jalanan ( Fend )
baru Fend punya cerita .

aku dah berfikir macam-macam .
betapa jauhnya aku dengan Allah , betapa kerdilnya diri ini di mata Allah , betapa hinanya diri ni

macam-macam ada dalam fikiran ni sebenarnya .

sekarang aku bertekad ;
perjalanan mencari Tuhan akanku mulakan
doakan aku berjaya di dunia dan akhirat :)
Insya-Allah


November 17, 2011

hati ohh hati

hati aku sudah pulih aku rasa . makan setahun setengah jugak la nak pulihkan

sekarang tanggapan , persepsi dan semua ayat yang mempunyai sama maksud dengan itu
sudah berbeza .

aku suka dengan keadaan sekarang . :)


PS : tak nak balik Iskandar lagi . nak cuti lelame gitu kalau boleh :(

November 7, 2011

Say You Like Me

"just go and stand there and hear me cry" Love The Way You Lie - Sam Tsui cover (Rihanna and Eminem)

hati aku ni macam tak tetap je sekarang .
mengapakah ?? haishhh ... aneh !

sekejap teguh macam bangunan KLCC ( cehh mentang-mentang belajar Interior Architecture. hahaha xDD )
sekejap rapuh macam kertas . ( kiteorang dengan kertas memang tidak boleh dipisahkan okay ! )

result aku dah dapat untuk semester satu ni .


screenshot . tak muat status aku la pulak . sorry =,=


alhamdulillah result aku okay walaupun itu bukanlah terbaik daripada aku .
masih berkepala 3 .

actually aku pun tak sangka dapat result macam tu . agak terkejut la jugak time bukak email pagi tu . bayangkan hantar email pukul 3.36 AM

tak terkejut ke kalau korang ?? tengah syok-syok aku layan Sam Tsui pepagi buta tu tetibe bukak email diaorang dah post result . dah tak terdengar dah Sam Tsui ke , Kurt Hugo Schenider ke , mak panggil pun buat tak dengar agaknye .

aku ingatkan aku dah kena repeat subjek Interior Design I tuhh . mak aihhh , cuakk aku wehh !
subjek tu aku paling tak confident , sekali alhamdulillah tiada repeat , sebijik C pun aku takde , macam tak percaya pun ada tau ,

satu lagi subjek Architectural , Drafting and CAD . or as we always call , drafting .
subjek ni antara yang kitaorang belajar adalah menulis balik ( we call it Lettering )
ala , korang ingat tak masa tadika or darjah 1 tu ada buku garis 3 tu , yang ajar korang menulis tuhh ?
haaa! menatang tu la kiteorang belajar balik . ARCITECTURAL WRITING . tulisan arkitek dalam bahasa melayunya .
cuma takde la guna buku garis tiga tu . kitaorang buat guideline tu sendiri atas kertas okay .

dalam subjek ni jugak la belajar buat plan rumah bagai tu .


yang aku lagi tak sangka aku dapat A for this subject . wahhhhhh ! kagum aku dengan diri sendiri . *jangan sampai riak sudah*

so , aku syukur sangat-sangat dengan result aku .
ramai kawan-kawan aku dapat result gempak ! tak kurang dekan dan 4 flat . fuyooooo !

aku nak tebus balik time SPM aku dulu-dulu tu . main-main je banyak . kali ni nak betul-betul dah . tak nak main-main lagi .
ada lagi satu sebab selain main-main . tapi sebab tu biarlah aku dan mereka yang mengetahui je tahu .

tak nak ungkit , tak nak sebut .

zip mulut , tangan , kepala bagai daripada bukak sejarah lepas .
ehhh , sejarah memanglah perkara lepas . mana ada sejarah akan datang . zzzzz..........

okaylah ,

dear my paper bags and plastic heart , please be stainless steel OKAY ?? ;)

okay fine , bye ! xDD