May 29, 2013

I think too much and then make myself sad or mad

aku tak tahu nak update apa sebenarnya tapi rasa macam nak update .

Oh , by the way aku nak cakap sikit

student portal ni sengal lagi menyengalkan .

dear Mr. Student Portal , kami student Interior Architecture Sem 5 nak daftar course
pada sem ini kami cuma mengambil satu subjek sahaja , dan batch kami cuma ada 3 group sahaja .
mohon kerjasama daripada pihak encik untuk menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin .




sebenarnya kan , tajuk tu takde kena mengena dengan perkara yang di atas .

lately aku terlampau banyak berfikir menyebabkan aku tak dapat tidur and terlebih tidur . just imagine aku tidur 12 hours semalam . tak makan for 2 days . benda simple kut .

sebab banyak berfikir juga aku pernah je tidur 46-48 hours camtu which is 2 days . time tu lagi dahsyat aku . stress result time part 3 kot time tu .

pelik sikit lah kut orang lain stress makan banyak . mak aku cakap sebab aku ni ada anemia dengan low blood pressure . aku punya darah pun cair .

so kiranya aku ni bermasalah dengan darah aku , aku cepat letih , cepat pening .



so aku nak cakap aku over thinking . stress gua stress . macam-macam gua fikir 2-3 hari ni . serabut kepala gua

May 23, 2013

I'm sorry I'm so difficult

sorry for being me
sorry for the trouble
sorry for the tears
sorry for the heartache
sorry for everything .


just becauseeee , I miss you all my dear friends .

dulu ada tipah dia selalu pesan
jangan sakit-sakit lagi , jangan nangis , jangan macam-macam macam lagi lah
dia la jadi tempat aku lap-lap hingus ni . hahaha
bila dia ada dekat USIM , ada la aku jenguk sekali kut ? hahaha
ni ada kat Mesir memang tak lah nak jenguk . jauh tahu dak ?
dekat USIM tu rumah kakak aku tu ada dekat Bandar Seri Putra tu je .

dulu ada sarah selalu pergi rumah dia
macam rumah kedua kiteorang dah .
bila masuk Puncak Alam , hah dah terpisah jauh
sekarang dekat PU tu , lagi lah cik doktor ni busy

dulu ada kak cik dia lah kakak
sebab dia ni lahir 01 January .
aku ni 20 December . dekat setahun tu gap . hahaha
dia ni matured sikit . cara pemikiran lain .
sekarang terperuk dekat Kuala Lipis tu susah nak jumpa dah

dear friends , totally miss all of you ;))

May 4, 2013

untuk awak :3 meow

saje je nak post ni sebab .... sebab .... 
nanti aku dah kahwin aku nak suruh laki aku baca ni sebab aku tak reti nak explain guna ayat sendiri .
nak jugak aku compare laki aku dengan taste aku selama ni . #ehh


sebelum tu meh kita layan ni . hihih xDD
current addictive aku :))



untuk awak di luar sana ,
saya ni takde sebaik awak fikir , tapi saya akan berubah jadi baik
jadi selalulah tegur perbuatan saya .

saya ni peramah ,
tapi takde lah bercakap sesuka hati dengan semua orang
kalau melebih tegur saya .

saya kan , saya suka orang muka macam chinese look ,
tapi kalau awak tak chinese look pun takpe je .

saya pun suka orang rambut curl ,
tapi kalau awak nak kawin dengan saya dialukan nak perm rambut #ehh
takde lah . kalau awak rambut straight saya kisah ape .

saya ni bukannya ayu pun ,
kalau awak nak orang ayu-ayu tu tak payah menggedik nak pilih saya
saya ni sememeh je tahu .

kalau awak nak orang control-control semua perangai dia baik awak cari orang lain je
saya tak suka fake macam tu .



saya ni die hard fan kucing .
jadi jangan hairan kalau tiba-tiba saya pegang kucing kurap tepi jalan tu
can't help myself .
sorry =="

saya tak tahan bau nescafe dengan kopi
kalau awak nak minum tak payah suruh saya buat tau kejap lagi saya pening
bukan takat bau , minum lagilah jauh sekali
bukan nak queen control tapi dah memang alahan dengan benda tu
sorry tau



awak kenalah berduit
saya ni bukan nak kikis harta awak dan bukan maknanya saya suka boros sana-sini
maksud saya takkan saya nak tanggung hidup awak kut .
maksud saya lagi awak kena ada ciri-ciri workaholic sebab takkan awak nak bagi makan anak dara orang pasir kut ?
fikir logik sikit kan ? untuk masa depan
dengan cinta je tak mampu nak sara hidup kita .
dengan kerajinan mampu !



lastly saya minat One Direction
jangan terkejut bila desktop saya gambar ONE DIRECTION .
hihihi :3 meow

saya tak pandai pujuk orang .
sorry lagi

banyak lagi aku nak cakap ,
tapi lupa lah pulak bila dah mengadap benda alah ni .


OHH , yang paling penting saya ni GARANG
kalau tak tahan back off sekarang sebelum terlambat . hahaha


hamboi kau Farah ! update , TAK TAHAN !
ni post menggedik . alah biarlah sekali-sekala nak menggedik kejap release stress :PP