August 30, 2013

life as an architecture base student

Assalamualaikum to all readers and fellow followers . Haii *lambai-lambai tangan macam miss world*
Maka berdirinya saya di sini ( cewah bangga kalau Cikgu Raina abaca ni )
Harini aku nak cerita pasal course aku sebab first aku dah janji dengan korang hari yang aku cakap “kalau aku rajin aku post” and second ada orang request semalam . aku pun sebenarnya tak tahu nak mula from mana nak cerita ni . sebabnya aku macam takut orang pening dengan explaination aku nanti .



tengok ni fakta okay architecture are the sexiest . hehehe xDD

Disebabkan aku post ni janji dengan kawan aku . dia ni penulis novel nak buat watak hero budak Architecture . aku tak tahu dibenarkan mention nama ke tak so aku decide nak sorok nama dia dulu mahupun nama pena dia dalam bidang penulisan kreatif ni . so aku akan cerita kat sini pasal kehidupan kami as studio base student .

Untuk budak architecture base and studio base macam architecture , interior architecture , landscape architecture ni main subject or core subject kami adalah subjet “Design” which is 100% of our final exam result will be determind by assignment ( kami biasa panggil project sebab assignment ni macam more to research camtu )
Subject design biasanya lecturer bagi project brief contohnya “ Medical Centre” maknanya hospital lah tu .
Dalam project brief ni biasanya ada requirement contohnya
Layout plan
4 sections
2 elevations
5 perspectives
4 detail drawing
A set of working drawing ( all above tapi dalam bentuk working drawing ni lagi detail contohnya beam , wall , foundation semua kena tunjuk dengan jelas )
Kami turut belajar pasal construction ( usually nama subject dia Building Construction ) tapi budak landscape takde lah construction mereka belajar plant material . pasal pokok-pokok
Basically drawing ni kami buat ada beberapa kaedah
Manual and auto
Manual ni guna tangan lah draw kan . apa lagi . hahaha
Auto ni means AutoCAD . AutoCAD ni a software yang menawarkan khidmat buat drawing guna computer . rasanya takde software 2D lain kut yang boleh digunakan untuk buat drawing ni

ni first time aku upload kerja aku dekat blog ni . sebabnya aku tahu kerja aku tak sehebat orang lain



abaikan tulisan buruk aku dekat space requirement blah blah blah tu sebab sebelum nak presentation buat . tertinggal dekat bilik . hahaha ;PP


ni pula nama dia finished model . tapi tak berapa nak finished pun ni aku . tengok tu kerusi , sofa , meja semua seketul je takde shape betul-betul . hahaha ;PP


Lepas tu ada rendering . rendering ni dalam bahasa mudah dia mewarna lah kut .
Ada 2 method rendering ni .
1.       Manual
Manual ni guna tangan lah kan . yang ni peralatan dia marker ( kure colour ) , water colour , chalk , pastel colour , pencil colour . usually pencil colour dengan pastel colur and chalk tu as touch up lighting and shadow je dalam drawing .

Kaedah kedua pula
2.       Photoshop or V-Ray or 3D Max or Lumion etc
Merupakan rangkaian software 3D guna computer . render ni makan masa yang sangat lama tunggu dia loading dan kalau guna PC tetiba padam . hah menangis kau 3 hari 3 malam . lagi-lagi malam submission .
Ni serba sedikit baru lah pasal drawing-drawing ni . sekarang nak cerita proses mengdesign – crit dengan lecturer – reject – crit lagi – reject – proceed – baru boleh buat drawing
Basically sebelum drawing start or apa kami ada satu proses lagi iaitu SITE VISIT .
Site visit ni macam melawat tapak lah ( aku dah kenapa direct translation je ? LOL )
Proses site visit ni biasanya kena ukur tapak yang kita bakal guna untuk buat satu building tu
Ukur lebar ,panjang tanah tu , sistem perparitan kawasan sekeliling pun kena ambil tahu jugak la sebab kang karang gali-gali tanah nak letak foundation terlanggar paip air . tak ke pecah paip air tu bocor . kesian pulak jabatan air nak baiki paip kang . kerja kita pun tertangguh .


Dekat site visit ni jugak kita kena detect sun orientation dia , to make sure utara selatan timur barat dia . wind orientation pun kena ambil tahu jugak sebab kita nak indicate kedudukan tingkap kita nanti . oh satu lagi qiblat orientation pun .
Okay panjang pulak membebel pasal site visit aje .
Lepas tu kita start design . dalam proses design ni memang akan guna manual dulu jugak camne pun . biasanya awal-awal ni banyak kena sketches je dulu . tak perlu lawa-lawa lagi just need proportion and ergonomic .
Sebab nanti nak crit dengan lecturer ( crit = means critic session )


Time crit dengan lecturer ni lecturer akan condem design kita base on konsep kita . contohnya tadi lah “Medical Centre” kalau hospital tu konsep dia nature . takkan nak buat ala-ala high tech pulak . mesti design kita tu kena ada sensation of tranquillity . tenang aje . pilihan warna kena bersesuaian dengan konsep . bahan binaan bangunan pun sama .

so benda-benda camni even small mistakes pun kena condem dan kalau design kena reject or bahasa lembut sikit amend tu macam dah jadi perkara wajib dah . boleh dikatakan semua orang critic session yang pertama tu design kena reject or amend ataupun habis baik lecturer ubah design kita . our lecturer will guide us macam mana nak dapatkan design yang bagus .
Next bila dah proceed tu baru boleh transfer design kita ke dalam AutoCAD untuk buat layout pan , section , elevation  semua tu .

Lepas dah siap buat drawing ni tunjuk lagi dekat lecturer kut ada mana-mana detail kita salah .
Lepas dah settle pasal drawing 2D baru boleh buat drawing 3D . 3D in perpective dengan axonometric lah biasanya direferkan itu .
So far tak tahu pembaca paham ke tak . risau jugak orang yang request ni macam tak paham sebab aku paham apa aku taip . so don’t know how to type in someone else’s shoes . hahaha
Okay dah settle kut pasal drawing kan . ni requirement untuk masuk SINI


Cakap pasal kehidupan budak studio base pula
Secara totalnya hidup kami banyak dihabiskan di studio kami .
makan , tidur , kadang-kadang curi-curi stay-up dalam studio bergelap buat kerja takut kantoi dengan pak guard . hahaha . tidur tu perkara biasa la terbongkang sana-sini bergelimpangan . hehehe


studio ni lebih kurang macam kelas cuma kelas kami ni officially memang kami punya tak dikongsi dengan budak kelas lain . jauh sekali budak course lain dan fakulti lain . dalam studio ni kami ada work station satu sorang . ni contoh work station aku . cewahh nampak situ Directioner tegar . puhaha !



Sebenarnya kan , post ni patutnya aku dah post sebulan yang lalu tau . tengok haa teruk tak teruk aku ni as a kawan . sorry sangat-sangat tau :((

Ni saya ada jumpa satu link blog ni . aritu buat research la sikit kan sebab takut jugak awak tak faham apa saya cakap . saya rasa blog ni mungkin banyak akan membantu awak . saya pun dah start adore dia sebab dia tengah sambung master dekat United Kingdom . nama dia Kak Sophie .