June 11, 2013

meow meow


sebenarnya aku bosan ni .
meh nak cerita sikit , 3 hari lepas kot , aku pergi Giant baru , dah lah bawak kereta besar gedabak .
time nak balik tu ada sekor anak kucing duduk tengah jalan , hampir kena langgar dengan kereta .
aku ambil letak tepi , then dia lari-lari datang dekat aku , aku ambil dia letak tepi sekali lagi , then lepas tu dia tengok je aku dengan muka kesian .
aku nak nangis je rasa time tu . dua tiga kali aku berhenti kereta and fikir nak amik ke tak dia ni .
tapi bila aku fikir mak aku , terus tak jadi amik .
mula-mula tu tahan jugak air mata ni . last-last aku nangis tengok dia .
sebabnya , dia lonely ,
kecik lagi ,
and aku rasa dia dah hilang mak dia pun .
dah-dah tan nak fikir dah pasal dia nanti aku nangis lagi susah ni . sapa nak pujuk ? Haaaa !





May 29, 2013

I think too much and then make myself sad or mad

aku tak tahu nak update apa sebenarnya tapi rasa macam nak update .

Oh , by the way aku nak cakap sikit

student portal ni sengal lagi menyengalkan .

dear Mr. Student Portal , kami student Interior Architecture Sem 5 nak daftar course
pada sem ini kami cuma mengambil satu subjek sahaja , dan batch kami cuma ada 3 group sahaja .
mohon kerjasama daripada pihak encik untuk menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin .




sebenarnya kan , tajuk tu takde kena mengena dengan perkara yang di atas .

lately aku terlampau banyak berfikir menyebabkan aku tak dapat tidur and terlebih tidur . just imagine aku tidur 12 hours semalam . tak makan for 2 days . benda simple kut .

sebab banyak berfikir juga aku pernah je tidur 46-48 hours camtu which is 2 days . time tu lagi dahsyat aku . stress result time part 3 kot time tu .

pelik sikit lah kut orang lain stress makan banyak . mak aku cakap sebab aku ni ada anemia dengan low blood pressure . aku punya darah pun cair .

so kiranya aku ni bermasalah dengan darah aku , aku cepat letih , cepat pening .



so aku nak cakap aku over thinking . stress gua stress . macam-macam gua fikir 2-3 hari ni . serabut kepala gua