April 27, 2013

Dear Heart , sorry for all those pain and vain . Sincerely , Mind :))



pinjamkan telingamu mendengar ceritaku ,
aku derita Tuhan sahaja yang tahu ,
mungkin dengan ini ,
aku bisa mencari ,
cebisan kekuatan yang tercicir di jalanan .

jalanan yang aku sendiri cipta ,
penuh onak dan luka ,
hanya kerana satu perasaan yang bernama cinta .

tersedar daripada lamunan ,
aku dikejutkan dengan dentuman yang hinggar ,
yang hanya jua diri aku sendiri tanpa mereka di sisi .

aku pasrah kini ,
Tuhan itu adil ingin mengujiku lagi .

sedarkah aku akan nikmat-Nya ?
sedarkah aku akan kekuasaan-Nya ?
atau aku mungkin cuma alpa ,
dengan rapuhnya cinta dunia .

dengarlah kini aku bangkit berdiri ,
bersandarkan kedua telapak kaki sendiri ,
dikuatkan oleh cinta Ilahi .

PS : kita hanyalah boneka di dunia ini , tetapi kita yang berhak mencorak kain putih kita sendiri .

P , PS : aku cuma ingin menyatakan , aku ingin buang perasaan ini . perasaan yang aku simpan selama 5 tahun dalam lubuk hati . bukan tidak cuba menghakis , tetapi entah pakai gam UHU negara mana punya buatan entah perasaan tu melekat kuat sangat dekat hati ni . gam 3 second mungkin ? hahaha
tapi sekeras-keras gam 3 second tu , kena bilas dengan air panas hari-hari tertanggal jugak dia .
KEEP ON TRYING my dear , Farah . dah berjaya kan buang gam tu kan ? :))


amboi hang Farah , guna falsafah gam UHU kau , nampak lah dekat situ budak ID dia . kau potong perasaan tu lapik guna cutting map ehh ? MAJU hati kau sekarang ! xDD

No comments: