December 30, 2010

award from my twin . HAHA


1 - BERIKAN UCAPAN
perlu ke ? HAHA
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
terima kasih kepada MOHD FAIZ BIN MOHD MUSTAPHA kerana dengan hati yang sama ada paksa ataupun rela telah memberikan saya , FARAH BINTI ABD RAHMAN award ini . sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada my kembo .
errrr . boleh ke macam ni ? HIHI XD

2 - BERIKAN 4 CIRI2 GIRL/GUY IDAMAN UNTUK JDKAN WIFE/HUSBAND
haish ! apa punya soalan ni ? tapi takpe . jawab jelaa !
1. berilmu , beriman , beramal [ macam motto sekolah aje . HAHA ]
2. pendiam tapi boleh mesra dengan aku ( walau diriku loudspeaker dan cakap banyak . macam orang cakap la . pasangan biasanya opposite kan ? )
3. KAYA *wink2* HAHA :PP
4. handsome
5. bijak
6. dah la tu farah . orang taknak baca pun . kau demanding sangat ! :PP

3 - BERIKAN SATU TIPS UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN KORG NGN PARTNER KORANG
jeng , jeng , jeng ! ! ! !
saya bagi dua ye :D
1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya ( Al-Maidah , Ayat 54 ) . Maka ajaklah pasangan ( dan seluruh anggota keluarga ) untuk semakin mendekatkan diri pada-Nya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiamullail.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.


4- PERNAH JUMPE DOA PENDEKAT JODOH & PUTUS CINTA ?
google jela . meh nak tolong google-kan
aish ! apa pasal aku rajin sangat ni ?
jawab jela soalan tu . YA . pernah ! :)
( sedang amal kot ) HAHA :PPP kantoi sudahh !


5 - LETAK 10 LINK PILIHAN ANDA DAN G TAU DORG BHAWA MEREKA DPT AWARD NI

aku sedang mencuba untuk mencapai angka sepuluh itu ya
4. Omar
7. awak
8. dia
9. kami
10. KITA :)

December 26, 2010

Saya Blogger Terengganu

sekejap tadi aku online blogger ni . tengok dekat Dashboard encik omar yang baik hati ada post tajuk yang sama "Saya Blogger Terengganu"

aku ni pulak berminat untuk ikut sekali . macam coolio je . heee~ XD

sila ke Blog Pilihan Malaysia untuk maklumat lebih lanjut . atau terus ke entry ini untuk maklumat lebih lanjut .

  • Nama saya - Farah Zoey
  • Status saya - saya belum berkahwin bermakna saya bujang . ehh ? ahaha~
  • Cara hubungi - Facebook , email : fara.ells41@gmail.com
  • Daerah/Jajahan - Daerah Kuala Terengganu .
  • Tempat tinggal - Taman Desa Wakaf Baru , Jalan Gong Badak .
  • Apa yang menarik di tempat saya - nama dia Gong Badak . kasihan badak-badak itu . gong dalam bahasa terengganu bermaksud sombong .
  • nanti edit la ye

    aku ingat nak edit template la
    HAHA
    yela .
    past few years
    1 Jan 2009 ( blog aku warna hijau-hitam-biru )
    1 Jan 2010 ( tukar current layout )
    right now .
    aku tukar nanti 1 Jan 2011 la ye ?
    hehehe

    haish aku ni =_=
    sekejap aku , sekejap saya , sekejap farah
    who care ?
    blog aku ke blog korang ? HAHA

    okey , okey . tak kelakar .
    I GOT IT ! =_=

    aku nak story panjang-panjang .
    tapi malas . huhu

    maybe esok aku rajin . KOT
    tak tahu lagi .
    nanti aku story-story ye ?
    lama tak berceloteh
    hehehe ;D

    December 22, 2010

    tag from encik omar

    bloglarian ?
    seriously first time jugak dengar . aku pun baru tahu ni . ish3 . senasib rupanya kite omar ey . HAHA
    Berdasarkan blog Encik Omar yang baik hati , bloglarian merupakan satu blog yang mengumpulkan para bloggers yang menyukai aktiviti blogwalking dan menambahkan trafik jam dekat blog orang lain .

    layari http://bloglarian.blogspot.com untuk maklumat lanjut .

    Selain itu , para bloggers yang di-tag juga perlu melengkapkan slogan kata di bawah ;

    Saya suka blogwalking kerana ,


    Saya suka blogwalking kerana , blogwalking dapat menambahkan bilangan followers saya . Disamping itu , blogwalking juga dapat menambahkan kenalan selain daripada meningkatkan ilmu pengetahuan dan kematangan seseorang bloggers dengan membaca entri-entri berkualiti blog orang lain . Dasawarsa ini , semakin ramai orang menggunakan wadah blog untuk meningkatkan hasil jualan mereka disamping menyediakan sebuah blog bagi menyampaikan hasil karya seni mereka seperti gambar-gambar yang menarik dan pelbagai lagi .
    Akhirul kalam , blogwalking dapat memberikan pelbagai faedah dan bukannya hanya membuang masa para-para bloggers di zaman arus modenisasi yang didominasi oleh golongan berkolar putih .

    HAHA . aku buat RUMUSAN bahasa melayu je macam ayat dia .
    adehh . tak hilang lagi rupanya skill buat rumusan aku . hehehe ;D

    aku nak tag , Farah Shameela dan Zharif Azis sebab aku tahu dia orang ni tengah goyang kaki kat depan screen PC aje kejenye . hehehe ;D

    December 18, 2010

    rasa itu ini hanya sementara

    aku rasa lain .
    aku rasa macam-macam sekarang ni .
    undiscribeable .

    aku rasa macam aku tak guna pun ada .
    haish ! apa farah ni !
    setiap makhluk dan insan yang diciptakan ada kegunaannya yang tersendiri .

    entah . aku rasa ;
    - aku menyusahkan mie and abah
    - aku menyusahkan kak cik , teefah , zaty , sarah , yana , nadia and etc .
    - aku tak tahu apa itu kasih dan sayang * apa ni farah ooi ? *
    - trapped in this body

    yang last tu .
    aku rasa sangat-sangat .

    aku nak lari daripada kehidupan aku sekarang .
    nak pergi jauh-jauh .
    itu doa aku .
    agar aku jadi lebih berguna , lebih membahagiakan orang-orang yang aku sayang , lebih bertanggungjawab , lebih baik , lebih berhemah , lebih mulia yang penting ! .

    feelingless .
    lagi dua hari aku dah masuk tahun baru dalam diari kehidupan aku .
    SELAMAT TAHUN BARU FARAH ! * menggantikan SELAMAT ULANG TAHUN*

    usia aku semakin meningkat * duniawi *
    usia aku semakin menyusut * akhirat *

    last but not least ;

    Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

    Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

    whoa farah !
    pandai kau ye ! :P

    December 14, 2010

    leceh laa !

    aku dah naik muak dah
    almost 2 months dah ni jadi camni

    dekat tengkuk aku ni naik biji-biji merah
    of course disebabkan oleh inche semut , puan nyamuk sekalian semesta tu .

    weyh !
    korang ni .
    aku alergic dengan korang lah !
    singgah pun dah merah la weh !
    kalau gigit tu apetah lagi . macam orang kena chicken pop je aku tengok merah-merah dia tu .
    hish !

    bosan la camni .
    skin terlalu sensetif !
    manja semacam !
    aku letak ubat pun tak menjadi .

    satu lagi .
    aku rasa macam nak potong rambut .
    serabut !
    aku sering sakit kepala + almost 2 month jugak aku tak jaga rambut ni .
    disebabkan SPM la !
    aku jadi serabut dengan rambut aku sendiri .
    HODOH !

    btw ~
    aku makin risau dengan sakit kepala aku
    semakin kerap menyerang .
    tadi tengok drama dekat tv3 .
    tajuk Hani .
    dia cakap pasal symptom-symptom kena brain cancer .
    1. sakit kepala berterusan .
    2. acap kali lupa .

    erkkk .
    aku rasa macam nak scan kepala aku ni .
    takut ada ketumbuhan or cancer hape kebende tu .
    aku TAKUT !

    Ya Allah ! sesungguhnya aku ini hanyalah hambamu yang lemah :(

    December 9, 2010

    Hihi :P

    tag from Cik sara_h ni hah . heheheh XD


    harap maaf . jawapan mengandungi unsur-unsur kepoyoan terlampau . sila JANGAN muntah hijau di blog ini . :P

    1.pe bende pling penting dlm idop korunk?
    katil la . tido itu penting dalam hidup . benda paling sedap dan senang dibuat . hehehe ;D

    2.benda terakhir korunk beli gne duit sendiri?
    tadi beli ice cream Cornetto . hehehe XD . put my stress out .

    3.di mana tempat korunk nak melangsungkan perkahwinan korunk dan tema perkahwinan korunk nnti?
    di rumah idaman kot . lalala~ :P
    tema garden . hehe

    4.adakah korunk sedang bercinta sekarang?
    sejujur - jujurnya : tidak .
    tapi ada minat dekat sorang Ah Chong sesat ni . hakhak ! :P

    5.berapa lame korunk akan mencintai kekasih korunk?
    kalau boleh forever and always . cinta bukan perkara yang senang untuk ditukar ganti .

    6.di mana korunk slalo jmp kekasih korunk?
    errrr . pembetulan . not kekasih . selalu TERjumpa dia di state library .

    7.novel/buku/majalah terakhir korunk beli?
    tajuk Benci atau Cinta . kalau tak silap .

    8.apakah name penuh korunk
    simple sahaja
    dekat IC tertulis ini macam : FARAH BINTI ABD RAHMAN
    seee . so simple .

    9.antara mak n ayh korunk,mne yg korunk lg mesra?
    tak boleh nak pilih . pilih dan la .

    10.namakan orang yg betul2 korunk nk jmp dlm idop
    the very my AH CHONG . nak jumpa tiap-tiap hari dalam hidup .
    jika diizinkan Allah .

    11.adakah korunk bsuh bju sndri?
    semestinya mesin basuh . kecuali baju sekolah and kemeja and blaus .

    12.di mana tempat yg korunk btol2 nk g
    of course Germany and Makkah .

    13.plih slah satu,peluk atau cium
    dan . HAHA

    14.beritahu 3 perkara tentang org yg tag korunk
    • nama penuh dia UMMULWAQIAH MAISARAH BINTI MOHD KHAIRUDDIN
    • TRIAL baru ni 10A 1B . HAHA
    • lahir pada 3 September 1993

    15.lima benda korunk sgt syg dlm idop korunk
    errrr . .
    1. laptop
    2. handphone
    3. calculator
    4. duit [ HAHA ]
    5. ah chong :P HAHA

    16.lima lagu korunk suke n slalo dgr

    1. Hijau Daun - Suaraku Berharap
    2. Sum 41 - With Me
    3. The Offspring - Kristy , Are You Doing Okay
    4. Just The Way You Are - Bruno Mars
    5. Down - Jay Sean [ lagu melting point :P ]

    17.bile tarikh lahir korunk n korunk smbut besday kt mana thn lps?
    20th December 1993 .
    hmmm . tahun lepas sambut dengan linangan air mata ;(

    18.tujuh org blogger korunk nak tag
    • Zaty Shahruddin
    • Syakir Shahruddin
    • Farah Shameela

    19.cerita sikit psl blogger pertama korunk tag

    nama dia NUR IZZATI BINTI SHAHRUDDIN . kakak kepada AHMAD SYAKIR BIN SHAHRUDDIN .
    minat dekat LEBOR ! hakhak ! takleh cerita lebih-lebih kan zaty kann ! hehe


    November 22, 2010

    takuttt .

    esok SPM
    November 23 , 2010 until December 20 , 2010
    so wish me best of luck !
    jangan lupa juga December 20 , 2010 my birthday
    wish for my lovely birthday too ! ;)

    sorry post sangat pendek :((

    November 10, 2010

    scared !

    takut !
    13 hari sahaja lagi nak SPM ni

    rasa macam entah pape je persediaan .

    conversation with my father ;

    abah : abey , cik saba cakap contoh la . kalau abey nak pergi Mesir nak amik medic . boleh je guna duit sendiri dulu . lepas tu guna result first exam kat sana untuk apply biasiswa from MARA etc .

    me : I'm more on Germany .

    abah : contoh je . kalau Germany Engineering and Technology la kan .

    me : that is what I ever wanted .

    on the same night . masa dinner .

    abah : abey . . . .

    me : ye ?

    abah : abey pergi Indonesia ye . ambil Pharmacist .

    me : erkk ? ?

    what should I do ?
    what should I say ?

    my brother-in-law , first sister , second sister suruh ambil kulinari .
    my mother suruh ambil nurse .
    my father suruh ambil pharmacist .

    ada mereka tanya saya nak apa ?

    abey nak amik Chemical Engineering la !

    haritu dah plan properly dah .
    I will take the kulinari .
    lepas dapat kerja , I will further in Chemical Engineering .
    but , what should I do .
    pening aku !

    entah la Farah ooi !
    SPM dahulu !

    toodles !
    wish me all the best and best of luck for my SPM 2010 !

    DO YOUR BEST , AND THE BEST WILL COME TO YOU .
    dedicated this picture to all the SPM 2010 candidates out there .
    AND , to my lil brother , Muhammad Ariff . ;)
    thanks for those words . heee~ ;D




    October 31, 2010

    pre

    pre ? apa punya tajuk tu farah ooi ?

    pape jelah ! .

    chemistry - chemistry - chemistry

    starting last tuesday aku asyik study kimia aje .

    ada jugak subjek lain . tapi mencelak sikit - sikit jela kot ;D

    heee~ ;D

    fenin eden dibueknyo .

    certain topic ada tak faham .

    ada sesiapa boleh tolong ajarkan tak ?

    need some detail explaination .

    chapter 9 form 4 : Manufactured Substances in Industry

    chapter 6 form 5 : Chemical for Consumers

    tu yang chapter .

    the other chapters tu ada certain topics tak faham

    like ;

    carboxylic acids , fats and natural rubber

    semua tu bab Carbon Compounds .

    yang natural rubber tu dah faham la sikit-sikit pasal coagulation of latex and how to prevent coagulation [ sebab cikgu tusyen suruh balik jawab soalan . kalau tak entah bila masa baru faham . haha ;D ]

    hah ! and one more .

    tajuk thermochemistry tu

    kadang - kadang ingat . kadang - kadang lupa .

    kadang - kadang tu , endothermic reaction and exothermic reaction pun tertukar

    haiii ! apa nak jadi ni farah oooi ?

    SPM dah makin dekat .

    hari selasa ni aku nak mula study and pulun and hadam physics habis - habisan pulak

    tengok la selasa ni kau physics . kena la kau dengan aku . HAHA

    October 17, 2010

    bila nak berubah ?

    assalamualaikum .

    lama rasanya jari jemariku tidak menaip sepatah dua kata dalam blog ini .

    tadi dekat sekolah ada majlis perpisahan sempena Pengetua Kanan SMKA Tok Jiring , Hajjah Zakiah binti Salleh berpindah ke SMK Bukit Tunggal

    sebab perpindahan itu berlaku : tapak SMKA Tok Jiring untuk pengetua berpangkat DG 48 . pengetua kanan kami berpangkat DG51 *if I'm not mistaken .

    meriah sangat - sangat siang tadi .

    video of course from YOEMARZ TEAM .
    who else kan ? takde orang lain dah .
    you guys , video korang tu dah hebat tu .
    but , personally ,
    I think Ariff Imran's video more superb .
    don't know why .

    bukan cakap korang tak hebat . korang dah cukup hebat dah .
    tapi lain orang lain citarasa . jangan terasa ye omar , yoe and naim .
    sebab tu in any competition . judge dia ada sekurang-kurangnya 3 orang .
    okay , enough with the video .

    tadi jugak Pemangku Penolong Pentadbiran SMKA Tok Jiring
    cikgu Abu Bakar bin RA Abdullah announced sesuatu yang sangat mengejutkan . unexpected for all of tjrians I think .

    hari khamis baru ni ada mesyuarat pengetua-pengetua seluruh negeri terengganu .
    sekolah kami mendapat satu anugerah di saat akhir khidmat pengetua di sekolah kami .

    pengetua cerita ,
    masa mesyuarat tu ,
    dia ada announced anugerah OTI 2 mana yang terbaik as usual .

    pengetua senyap aje la . duduk diam-diam .
    confirm - confirm dia rasa SMKA Sheikh Abdul Malek yang dapat .

    sekali announced SMKA Tok Jiring .
    OTI 2 terbaik seluruh SMKA .
    OTI 2 = TRIAL .

    really big clap heard in the Abbas Hall .
    memang meremang bulu roma time tu .
    saya pandang muka fivers lain .
    semua tersenyum lebar and tepuk tangan sekuat-kuat hati .

    akhirnya mengatasi SHAMS for the first time .
    sesuai dengan visi sekolah kami : SMKA Tok Jiring cemerlang menjelang 2010 .

    in Terengganu .
    among the sekolah elit ni .
    ada satu carta top 8 sekolah elit
    sekolah kitaorang duduk no. 8
    HAHA . atleast masuk jugak list .
    not sure SHAMS dapat ke tak dalam top 8 . ada yang cakap tak sebab among SMKA kiteorang first pun still duduk no.8 dalam top 8 . SHAMS tak tahu la .
    lain-lain sekolah like SBP Batu Rakit , SESTER , SESMA , IMTIAZ and etc .
    dengar cerita IMTIAZ paling ramai straight A ehh ?
    tahniah !

    dahla sekolah menghafaz , dapat pulak result gempak !
    lepas ni boleh cari sorang buat laki :P
    HAHA .


    actually ,
    cerita pasal ni kan .
    aku terfikir .
    jika mereka boleh , takkan aku tak boleh kan ?
    USAHA aku perlu GIGIH .
    no more perkara remeh temeh ni .
    NO-NO-NO

    October 12, 2010

    rindu kenangan

    Bila Diri Disayangi - UK's

    banyak kenangan lagu tu .
    especially pasal PUM laa ~ ;D

    miss all those moment .

    in a meanwhile
    miss all my friends out there .
    don't know la .
    macam - macam aku rasa sekarang ni

    sedih - sebab dah nak tinggalkan alam persekolahan .
    gembira - sebab dah tak perlu nak pakai baju sekolah lagi . bangun awal-awal pagi .
    kecewa - sebab tak tahu nak cakap dekat my own best friend macam mana nak explain something that he dosen't know . maybe dia tak boleh terima benda tu . tapi aku takut pada masa akan datang dia akan ungkit dekat aku " kenapa tak cakap daripada dulu ? "

    ape lagi ehh rasa ?
    hmmmm.... jap fikir .

    haaaa ! rasa berdebar sebab SPM tinggal 41 hari sahaja lagi .
    41 ? wow ! baru den sodar . hehehe ;D

    macam - macam rasa ada sekarang ini .

    tapi rasa yang paling menguasai diri rasa berdebar la kot .

    tadi ada jamuan PUM dekat Darul Hikmah
    macam - macam happened .
    one of my sweet moments la kot . heee~ ;D

    wondering my life out there without all of my friends here in Tok Jiring .

    don't know nak cakap macam mana . rasa macam macam-macam .
    haish ! dah merapu dah ni .

    aku kena ingat satu benda "maybe apa yang aku fikirkan tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan . mungkin apa yang aku cakap tersalah tafsirannya kepada orang lain

    October 3, 2010

    happy :)

    happy happy happy

    happy itu perlu
    kegembiraan , happiness .

    senyum , senyum , senyum :)
    wahhh ! cantiknya muka awak senyum !
    hehehe :D

    bak kata uncle kracker
    oh you make me smile :)

    September 25, 2010

    tak boleh ke jadi baik sikit hah ?

    aku benci lelaki macam tu !

    tak guna !

    hey !
    lelaki jenis ape kau ni ?
    ape kau ingat kau tu dah hebat sangat nak buat orang macam tu ?

    mungkin kau anggap benda kau buat tu mulia
    tak nak sakitkan hati
    but for women

    benda tu lagi perit
    kenyataan itu lagi manis
    sedar la wahai lelaki !

    sebab tu ada istilah,
    lelaki semua sama aje .

    watch out your behavior !

    luar nampak baik , tapi kat dalam huh , nauzubillah himin zalik' !

    hindarkan aku daripada lelaki jenis sebegini ya-Allah !
    aku memohon kepada-Mu

    rungkaikan perbuatan ini .
    sabarkan kawan aku ya-Allah

    I'll do anything for my friend .
    my best friend .

    kadang-kadang aku dah serik nak kenal lelaki
    berkawan dengan lelaki
    ramai yang jenis haprak

    bukannya tak ada yang baik
    tapi yang hempeh je ramai

    ada yang baik
    akh marz, syakir, razi, fahmi, ajwad and etc . (sorry kalau tak mention your name best friends )

    tapi kebanyakkannya berperangai #$@&$( tak sanggup aku nak sebut )

    ada yang sanggup berkorban untuk kawan dia,
    ada yang sanggup lupakan kantuk untuk mendengar masalah kawan,
    ada yang sanggup lupakan diri sendiri demi kawan .

    aku bersyukur sebab dapat kenal lelaki yang LELAKI
    dapat kawan-kawan yang membahagiakan hati

    aku harap LELAKI INI mendapat balasan suatu hari nanti
    dan aku tahu dan lihat sendiri balasan itu

    aku harap kawan aku tabah
    aku harap aku sayang kawan-kawan yang aku dapat sampai bila-bila
    sehingga ke akhirat
    AMIN !

    September 23, 2010

    quick update

    lamanya tak update
    dah bersarang-sarang dah blog ni hah !
    lagu pun dah tak berbunyi

    aduyaii~

    tolak hari ini hanya tinggal 59 hari lagi

    trial dah lepas
    tinggal SPM sebenar jela lagi ye

    alhamdulillah keputusan kali ni better

    semua menaik kecuali bahasa arab tinggi and pendidikan syariah islamiah
    tak ada satu subjek pun yang menurun
    dapat A+ beberapa
    ecece! bunyi macam banyak! cehhh! poyo! HAHA
    tapi walaupun sikit, menaikkan semangatku
    meningkatkan usaha untuk menjadi terbaik! :)
    ni ikut bilangan menaik keputusan

    1. prinsip perakaunan + 27
    2. additional mathematics + 24
    3.bahasa melayu +15
    4. mathematics +10
    5. english +4
    6. physics +3
    7. pendidikan al-quran dan as-sunnah +3
    8. chemistry +2
    9. pendidikan syariah islamiah =
    10. bahasa arab =
    11. sejarah [ belum dapat ]

    hadoiii
    bahasa arab tinggi GAGAL lagi
    since awal tahun gagal
    ape kebender ni
    dahla the only one in the class

    malu tu toksah nak cakap la

    ustazah siap suruh tukar tempat suruh duduk dekat je
    ade ke patut dia pergi cadangkan duduk dekat group orang lelaki tu hah!
    gila betul cadangan ustazah
    hailoh !

    ustazah cakap
    farah, masa bahasa arab awak kena duduk dekat dengan ustazah . kalau boleh saya nak suruh awak duduk depan sekali dalam kelas . masa add math dengan math mod tak payah la . awak terror dah !
    hailoh~ =,=
    ustazah baru lepas tengok result saya yang lain-lain masa tu
    adoii ! abis dikondemnye kenapa result lain tak macam bahasa arab ni ?
    bahasa arab tinggi aku terlalu parah

    cuba bayangkan 18%
    macam orang tak pernah belajar langsung !
    grrr!

    kadang-kadang geram dengan diri sendiri
    kenapa dah macam tak boleh nak go on dengan bahasa arab ni hah?
    since lower form dulu lagi
    tapi lower form dulu takde la teruk macam tu
    atleas dapat C abis koman

    masa form 4
    TOV : 51% - C
    OTI 1 : 38% - E
    MID : 81% - A
    END YEAR : 45% - C

    LULUS tu kan!
    tapi warna warni la sikit
    A jatuh C
    merudum jugak tu
    tapi naik form 5 ni ?
    hadoiii. farah dah parah
    aduyaii~

    bab mengira aku memang expert
    aku boleh berbangga dengan calculus aku
    takde la bangga sampai RIAK. tapi boleh menampung result la
    tapi bab-bab bahasa memang lemah
    BM jela ok hah
    tu pun trial 85% jela
    tolak-tolak la sendiri. kalau aku menaik 15
    thats mean sebelum ni result aku 70 ATAS TONG sampah

    dengan masa yang singkat ni
    aku akan pulun semua subjek
    TINGKATKAN USAHA ANDA


    September 10, 2010

    Happy Eid Aidilfitri

    sekarang pukul empat pagi 10 September 2010


    penat gile cuti ni!
    tolong kakak berniaga
    hari selasa lepas ( 7 September 2010 )
    WEBSITE TEAM buat majlis berbuka puasa
    wee~ :D

    sorry gambar takde lagi ekk. sabar!!
    nanti dah ada saya upload ye?

    yang datang hari selasa tu

    boys - akh marz, syakir, yusuf firdaus, hassan, hafiz, zhahirin, ariff, ajwad and fahmi :)

    girls - kak azz, kak( kakak syakir and zaty ), zaty, syu, camim, iela, teefah, huda and me ;)

    malam tu pulak
    memang gila-gila message
    tak pernah la buat segila tu sejak memang dah lama berjauh dengan handphone
    nak dekat empat tahun dah tak message sebanyak tu.

    message dengan fahmi, ajwad, huda, syakir, akh marz, arexxp and aifaa

    penuh inbox!! gila laaa!
    message fahmi dengan ajwad pulak selalu je tak delivered.
    hailoh!
    dahla malam tu ajwad cakap saya dah daftar jadi ahli "Jabatan Mengirim Salam"
    kurang asam boy betul laaa!

    rindunya dekat my little Arwa.
    miss her so much!
    abang dia taknak tolong kisskan pipi dia for me.
    segan katanya. saya mintak pelik-pelik
    elehh! macamla pelik sangat. adik dia jugak padahal! welk! :P
    last-last mintak tolong hug. baru abang dia tunaikan. hehehehe :D

    fahmi pun mengada malam tu
    welk :P
    fahmi,
    farah pergi rumah fahmi karang eh bawak hadiah birthday
    sorry banyak-banyak
    malam tu belanja birthday orang tu je

    syakir punye pasal la ni!
    pergi cakap dekat semua orang farah pergi belanja itu budak
    kan fahmi dah jeles sebab tak dapat!
    HAHAHA

    OH YA!
    Ariff cakap,

    kioh + siyes = sioh.

    HAHAHA
    lawak ape tu?
    abis semua orang gelak! ngahaha!

    kepada semua,
    I'm seeking for your forgiveness
    Happy Eid Aidilfitri 1431H
    may ALLAH bless us. :)

    raya ni datang la rumah!

    kepada yang saya dah message tu,
    jangan lupa datang rumah ehh?


    August 29, 2010

    she wanted to be a strong girl

    raya awal daripada orang lain yee??
    heee :D

    she always wanted to be a strong girl
    maybe in her DREAM is already enough
    right? HAHA

    oh my english becomes worse each day as the time passes by
    I did not understand what I'd type just now

    witty Farah-san~ ;)

    lamanya tak dengar ayat tu
    adoyaiii.

    haritu kann,
    actually lama dah ni
    kalau tak silap bulan 7 haritu kot

    a friend told me about her feeling
    dia rasa jauh dengan orang dia baik tu
    kira orang tu dah macam lupakan dia
    something like that

    saya dengar je la apa dia cerita kann
    well, I AM A GOOD FRIEND AND LISTENER
    walaupun saya banyak cakap, I'll zipped it all
    just for my information, not others

    tapi dalam masa saya duk dengar tu, hati pun turut terasa sakit sekali
    hati aku cakap "padan muka"

    erkkk....
    jahatnya aku ni!

    actually, aku terasa sebab dia cakap dia rasa jauh daripada orang tu and etc
    tapi hakikatnya dulu dia rampas kawan tu daripada aku

    aku simpan dalam hati bebaik benda aku terasa tu

    thennnn,
    pada suatu hari yang agak redup dan berangin
    chewahhh!
    my best friend, latifah said that
    dia terasa hati kawan aku tu cakap macam tu
    sebab rasanya kawan aku tu yang rampas daripada aku
    jadi, wajarlah dia kena macam tu
    erkkkk!
    TAK SANGKA! heeee :D

    jahat la aku ni
    kenapa berfikiran sebegitu?

    tadi aku tengok gambar orang tu
    then aku cakap dekat diri aku sendiri

    sorry, I had forgotten who you are, PERSON.
    hope you're happy out there without me by your side to hear all your tears and fears.

    fuhhh,
    pandai jugak aku mengayat ni

    tadi jugak baca blog omar
    paham sangat la perasaan tu omar

    dunia tidak pernah adil
    manusia sentiasa mengamalkan sikap diskriminasi
    especially kalau dekat sekolah kita tu

    aku masih ingat ayat itu

    orang tanya sebab orang ambil tahu pasal awak.

    cikgu, disebabkan ayat tu rasa hormat saya kepada cikgu berkurang
    minta maaf. tapi terus terang saya cakap

    1. apa salah saya sampai semua cikgu ambil peduli?
    2. apa saya ni jahat sangat ke sampai hampir semua cikgu saya tengok pandang saya dan melabel saya sebagai "budak bermasaalah"
    3. saya tak pernah buat perangai kurang ajar seingat saya

    ada sorang kawan cakap

    farah, apa pasal awak glamor sangat? hari tu saya pergi bilik guru cikgu tanya pasal awak, cikgu ni sebut, cikgu tu sebut.

    kawan, tu glamor ke?
    tak sedap pun jadi glamor ni
    semua orang nak cari kesalahan kita

    aku paling benci pandangan
    berkawan dengan orang lelaki adalah bercinta

    wehh!
    jangan la tertutup sangat pemikiran tu
    berkawan
    one day, orang yang sering melabel-label orang macam tu la yang TERAMAT dan SANGAT mendambakan lelaki.
    dah memang terbukti
    tengok aje la contoh kakak-kakak senior yang macam tu zaman sekolah dulu-dulu
    sekarang bukan main berkepit dengan orang lelaki

    sorry to say,
    ustazah yang cakap macam tu pun aku tengok bercakap dengan cikgu-cikgu lelaki bukan main rapat lagi

    jadi
    tak bermakna kita-kita yang berkawan dengan lelaki ni bercinta

    kita hidup di dunia memanglah atas dasar cinta
    cinta kepada maha-Esa
    tapi cinta bukanlah segala-galanya di atas dunia ini
    cinta yang maha esa adalah segala-galanya

    adoii,
    aku dah start membebel macam ustazah moden la pulakk.

    okay lah
    chiooo!

    esok exam PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
    wish me BEST OF LUCK! :)

    August 10, 2010

    about this year

    aku bagi jawapan dekat semua

    ye aku ada banyak masalah
    puas hati?
    jiwa aku jiwa kacau
    tak ada orang peduli
    orang tak pernah nampak dengan sebetul-betulnya diri aku ni

    tak semua orang tahu aku macam mana
    I guess tak ada orang tahu pun

    aku dah letih dengan semua benda ni
    masalah-masalah ini

    perlukah aku ke muka dunia untuk memberikan penjelasan kenapa aku buat begitu dan begini
    perlu ke?
    tak pun kan?

    aku terlalu sulit untuk difahami

    hati ni dah serik.

    teruk sangat ke aku ni?
    jahat sangat ke aku ni?

    aku dah jadi sangat-sangat yang amat bosan dengan permainan hidup

    aku tahu dan aku amat pasti
    what goes around comes around
    kalau aku sabar aku dapat balasan baik

    aku cuba untuk bersabar
    aku nak biarkan masa menyelesaikan segalanya.

    tapi,
    aku cuma manusia biasa
    kadang kala akan terduduk dek hambatan perasaan

    maybe aku kalau orang tengok selalu gelak,
    selalu happy

    tapi percayalah,
    aku tak setabah yang korang tengok
    aku tak seteguh korang nampak
    aku tak segagah korang sangka.

    aku cuma seorang manusia yang selalu BERPURA-PURA

    aku orang yang bermasalah
    aku orang yang mempunyai sejuta masalah

    itu yang korang semua suka kan?
    bukan korang.
    aku maksudkan orang sekeliling aku.

    perlu ke hentam aku seburuk itu?
    sedangkan aku sudah melakukan lebih baik daripada mereka?

    kenapa niat baik aku disalah tafsirkan?
    kenapa kejahatan orang lain selalu dilabel kebaikan?


    "orang tanya sebab orang ambil peduli"

    itu bukan ambil peduli
    itu ambil pergi serpihan hati

    kenapa?
    special sangat ke aku ni sampai semua orang ambil peduli!
    pigidah!.
    jangan paksa aku untuk jadi kurang ajar.
    kalau terdesak aku akan buat.
    jangan cabar aku!

    aku tak tunjuk depan orang
    tapi tadi aku menangis
    walau dengan ayat-ayat begitu
    aku tetap boleh menangis
    sebab aku dah tak tertahan
    terlalu banyak cubaan

    Ya-Allah
    kau berikanlah aku kekuatan
    aku redha jika ini ketentuan-Mu
    tapi aku mohon Ya-Allah
    Engkau gantikanlah kesusahan aku ini dengan kesenanganmu Ya-Allah
    semoga hati aku tenang
    semoga hati aku lapang
    semoga hati aku tabah
    semoga aku tidak rebah
    semoga aku diredhai-Mu
    semoga aku keputusan yang cemerlang
    semoga aku tidak menyakitkan orang

    cerita sebenar ada ditaip dalam blog satu lagi
    tapi sorry,
    blog itu diprivatekan

    aku dah tak tertahan

    apa aku dah buat sampai macam ini sekali balasan?

    adakah ini balasan ataupun ujian?

    haiii,
    my Allah bless.

    SMILE FARAH SMILE!
    :)))))

    August 6, 2010

    neutron star collision

    Nightmare is the fifth studio album by American rock band Avenged Sevenfold, released on July 27, 2010 through Warner Bros. Records. Nightmare is the first Avenged Sevenfold record without James "The Rev" Sullivan performing drums due to his death in December 2009; however he wrote some of the songs before his death so this is therefore the last studio album to which he contributed, for this reason The Rev's vocals are still on the album as a tribute to him. Nightmare debuted No. 1 on the Billboard 200 shipping 163,000 albums according to Nielsen SoundScan, which surpassed its predecessor which debuted No. 4 selling 94,000 copies in its first week.


    I just wanna say WOW!
    what I've been waiting for
    yela, since Sum41 malas sangat nak keluarkan album baru

    last Wednesday,
    ada seorang cikgu cakap camni dekat saya
    Farah! kalau addmath boleh skor, kenapa bahasa arab tak boleh skor?
    then she starts babbling here and there to me.
    well, I'm kind of suffer with her words.

    my father keep pushing me with my bahasa arab tinggi
    then my mother keep babbling on me each day

    rewind sikit
    on Monday tu pulak
    my Ustazah Bahasa Arab asked me about my ketidakhadiran ke sekolah on
    Saturday [ 31st July 2010 ]
    saya terangkan la
    sabtu tu senggugut,
    muka dia macam tak percaya

    then,
    she refused to call my mom.
    asked my mom's mobile phone number from me
    then my mom not answering her phone
    lepas tu mintak my dad's mobile number pulak
    then she talked to my dad
    my dad said to her
    "hari sabtu tu dia nak datang period, dia kalau nak datang tu jadi pitam gitu, saya kesian dekat dia, saya suruh dia jangan datang. kalau tengok rekod kedatangan dia yang lepas-lepas pun, almost tiap-tiap bulan dia tak datang about 1 or 2 days"

    then she asked about the Sunday.
    kenapa saya tak datang jugak.
    tekejut la saya nih.
    mula-mula tu dia takde tanya pun saya.
    my dad said,
    "sunday tu dia pergi hospital. ada appointment dengan doktor. doktor pakar pulak tu. ada time sleep dia dah kasi dekat cikgu"

    masa ayah cerita tu, dalam hati
    rasa macam "untrusted sangat ke aku ni sampai macam tu sekali?"

    masa ayah cerita tu rasa macam nak nangis je macam.

    tapi tak,
    aku tak nangis okay!
    huhuhuhu

    well, I am a strong girl!

    okayy,okayy
    kesian blog ni
    lama tak update kann??
    dahla kalau update je cite masalah la ape la

    sorry cik adorable,
    takde masa+susah sikit nak cite pasal happy story

    bukannya takde
    tapi BANYAKKKK!!!!

    takde masa and tak tahu macam mana nak cerita
    takat tak kelakar for orang lain ke, hape ke. kann,kann??

    dah lama tak pegang laptop
    rasa macam janggal semacam pulak
    nasibla masih lagi lancar menaip
    heeee.....
    offf!

    TRIAL
    [ 18/8 - 2/9 ]

    Neutron Star Collision - Muse

    I was searching
    You were on a mission
    Then our hearts combined like
    A neutron star collision

    I have nothing left to lose
    You took your time to choose
    Then we told each other
    With no trace of fear that...

    Our love would be forever
    And if we die
    We die together
    And lie, I said never
    'Cause our love would be forever

    The world is broken
    Halo's fail to glisten
    You try to make a difference
    But no one wants to listen

    Hail,
    The preachers, fake and proud
    Their doctrines will be cloud?
    Then they'll dissipate
    Like snowflakes in an ocean

    Love is forever
    And we'll die, we'll die together
    And lie, I say never
    'Cause our love could be forever

    Now I've got nothing left to lose
    You take your time to choose
    I can tell you now without a trace of fear

    That my love will be forever
    and we'll die
    we'll die together
    Lie, I will never
    'Cause our love will be forever