December 22, 2010

tag from encik omar

bloglarian ?
seriously first time jugak dengar . aku pun baru tahu ni . ish3 . senasib rupanya kite omar ey . HAHA
Berdasarkan blog Encik Omar yang baik hati , bloglarian merupakan satu blog yang mengumpulkan para bloggers yang menyukai aktiviti blogwalking dan menambahkan trafik jam dekat blog orang lain .

layari http://bloglarian.blogspot.com untuk maklumat lanjut .

Selain itu , para bloggers yang di-tag juga perlu melengkapkan slogan kata di bawah ;

Saya suka blogwalking kerana ,


Saya suka blogwalking kerana , blogwalking dapat menambahkan bilangan followers saya . Disamping itu , blogwalking juga dapat menambahkan kenalan selain daripada meningkatkan ilmu pengetahuan dan kematangan seseorang bloggers dengan membaca entri-entri berkualiti blog orang lain . Dasawarsa ini , semakin ramai orang menggunakan wadah blog untuk meningkatkan hasil jualan mereka disamping menyediakan sebuah blog bagi menyampaikan hasil karya seni mereka seperti gambar-gambar yang menarik dan pelbagai lagi .
Akhirul kalam , blogwalking dapat memberikan pelbagai faedah dan bukannya hanya membuang masa para-para bloggers di zaman arus modenisasi yang didominasi oleh golongan berkolar putih .

HAHA . aku buat RUMUSAN bahasa melayu je macam ayat dia .
adehh . tak hilang lagi rupanya skill buat rumusan aku . hehehe ;D

aku nak tag , Farah Shameela dan Zharif Azis sebab aku tahu dia orang ni tengah goyang kaki kat depan screen PC aje kejenye . hehehe ;D

3 comments:

Farah said...

Haha . Farah , saya sebenarnya pernah kena tag gal pasal benda ni . Tapi , tak faham . Tak payah buat la eh . lol :D

Zharif Azis said...

tagged ape nie ? x paham lah .
maklumlah , pengguna baru . hahaha

Farah Zoey said...

ahaha~
sy nak paham pun susah .
kalau awk nak buat
just copy gambar tu , then ckp sbb ape blogwalking best
xnk buat pun nevermind .