December 31, 2011

story telling :)


saya ni pemalu orangnya


manusia di bawah manusia kesayangan :D


meet my opah ! xDD


actually he is my lil brother lahh HAHA Ariff Ariffin
okay ! dia cakap aku pendek ! T__T . nak kena ni budak ni dengan aku !


ni anak kecil aku . heee~ xDD *gataii*

December 15, 2011

one in a million =)

I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
A smile, there you were and I was gone




You're one in a million

You're ONCE IN A LIFETIME

You made me discover one of the stars above us

xDD

December 4, 2011

life as an ID student started =,="


Part 2 2011/2012 dah start dah . mula-mula pehhh , rehat je kann minggu first tu ?

nah kau ! sekarang dah minggu second

INA 161 - Interior Design II - Project 1 ( Ergonomic Design ) 20% Submission 22 December 2011

INA 163 - Basic Design II - ( still tak ada kelas lagi setakat ini . sebab jadual dah 2 kali bertukar )

INA 166 - 3D Computer Aided Design - ( dah ade dah esquee 1 ( 10% ) elevation boutique ape tah . kiranya warming up balik buat AutoCAD tuhh . submission 9 December 2011

tak dilupa juga assignment CTU 151 kami yang submissionnya 13 December 2011 ini T__T

OH ye , 19 December 2011 ni ada academic trip pergi mana tah , aku pun tak tahu lagi .
sem lepas part 2 pergi Midvelly . sem ni tak tahu lagi . area KL la jugak . part 1 sem lepas pegi Berjaya Time Square je punn .

tak ada pape sangat pun sebenarnya post ni . just membebel assignment tak cukup tanah nak berlari je punn .



November 25, 2011

tembok China


telahku bina tembok dihatiku
agar aku boleh mengecapi cinta yang Satu
YA , Allah itu Tuhanku
DAN , Islam itu agamaku

mungkin aku masih lagi manusia biasa
yang punya cinta dan cita
tapi manusia itu makhluk termulia
tiada apa yang mustahil apabia si-Dia berkata
"kun fayakun" ayat azimat-Nya

dan aku hanya mampu merancang
Allah juga yang menentukan
azamku tiada cinta bagi waktu sekarang
masa hadapan menjadi tumpuan

Diploma dalam gengaman
Germany telah ditawan
selepas itu akanku pertimbangkan
agar keputusan itu tepat dan berpadanan

November 20, 2011

20112011


hari ini punya tarikh lawa kan ?
takde pulak kome-kome ni nak menyibuk cakap pung pang pung pang pasal tarikh arini .
haritu bukan main lagi 11.11.11 korang menyibuk suka sana sini .

taksub sangat agaknye dengan tarikh tu .

hari ini tarikh bermakna bagi aku
usai menghabiskan Contengan Jalanan ( Fend )
baru Fend punya cerita .

aku dah berfikir macam-macam .
betapa jauhnya aku dengan Allah , betapa kerdilnya diri ini di mata Allah , betapa hinanya diri ni

macam-macam ada dalam fikiran ni sebenarnya .

sekarang aku bertekad ;
perjalanan mencari Tuhan akanku mulakan
doakan aku berjaya di dunia dan akhirat :)
Insya-Allah


November 17, 2011

hati ohh hati

hati aku sudah pulih aku rasa . makan setahun setengah jugak la nak pulihkan

sekarang tanggapan , persepsi dan semua ayat yang mempunyai sama maksud dengan itu
sudah berbeza .

aku suka dengan keadaan sekarang . :)


PS : tak nak balik Iskandar lagi . nak cuti lelame gitu kalau boleh :(

November 7, 2011

Say You Like Me

"just go and stand there and hear me cry" Love The Way You Lie - Sam Tsui cover (Rihanna and Eminem)

hati aku ni macam tak tetap je sekarang .
mengapakah ?? haishhh ... aneh !

sekejap teguh macam bangunan KLCC ( cehh mentang-mentang belajar Interior Architecture. hahaha xDD )
sekejap rapuh macam kertas . ( kiteorang dengan kertas memang tidak boleh dipisahkan okay ! )

result aku dah dapat untuk semester satu ni .


screenshot . tak muat status aku la pulak . sorry =,=


alhamdulillah result aku okay walaupun itu bukanlah terbaik daripada aku .
masih berkepala 3 .

actually aku pun tak sangka dapat result macam tu . agak terkejut la jugak time bukak email pagi tu . bayangkan hantar email pukul 3.36 AM

tak terkejut ke kalau korang ?? tengah syok-syok aku layan Sam Tsui pepagi buta tu tetibe bukak email diaorang dah post result . dah tak terdengar dah Sam Tsui ke , Kurt Hugo Schenider ke , mak panggil pun buat tak dengar agaknye .

aku ingatkan aku dah kena repeat subjek Interior Design I tuhh . mak aihhh , cuakk aku wehh !
subjek tu aku paling tak confident , sekali alhamdulillah tiada repeat , sebijik C pun aku takde , macam tak percaya pun ada tau ,

satu lagi subjek Architectural , Drafting and CAD . or as we always call , drafting .
subjek ni antara yang kitaorang belajar adalah menulis balik ( we call it Lettering )
ala , korang ingat tak masa tadika or darjah 1 tu ada buku garis 3 tu , yang ajar korang menulis tuhh ?
haaa! menatang tu la kiteorang belajar balik . ARCITECTURAL WRITING . tulisan arkitek dalam bahasa melayunya .
cuma takde la guna buku garis tiga tu . kitaorang buat guideline tu sendiri atas kertas okay .

dalam subjek ni jugak la belajar buat plan rumah bagai tu .


yang aku lagi tak sangka aku dapat A for this subject . wahhhhhh ! kagum aku dengan diri sendiri . *jangan sampai riak sudah*

so , aku syukur sangat-sangat dengan result aku .
ramai kawan-kawan aku dapat result gempak ! tak kurang dekan dan 4 flat . fuyooooo !

aku nak tebus balik time SPM aku dulu-dulu tu . main-main je banyak . kali ni nak betul-betul dah . tak nak main-main lagi .
ada lagi satu sebab selain main-main . tapi sebab tu biarlah aku dan mereka yang mengetahui je tahu .

tak nak ungkit , tak nak sebut .

zip mulut , tangan , kepala bagai daripada bukak sejarah lepas .
ehhh , sejarah memanglah perkara lepas . mana ada sejarah akan datang . zzzzz..........

okaylah ,

dear my paper bags and plastic heart , please be stainless steel OKAY ?? ;)

okay fine , bye ! xDD

October 29, 2011

jadilah rakyat yang bertanggungjawab

ececey tajuk ! ahaha~
" na na na na na Ganu kite ! " - Blues Terengganu Kite by IKLIM

harini kan Terengganu vs. Negeri Sembilan .
jom pakat sokong ganu ! hahaha!

jom dengor lagu ganu lop . rindu ambe nok cakap ganu dalam blog gini . muahaha~ XD




October 28, 2011

the mind

" you've been on my mind " You've Been On My Mind by Dave Days





benda - benda inilah yang selalu berada dalam kepala otak aku ni sekarang .

okayfine BYE !

October 23, 2011

unsaturated feeling

" I woke up in the middle of the night " What Does It Takes by Dave Days

ni aku nak cerita sikit . aku ni takleh tidur dengan lampu tertutup or lampu malap .

kalau tertutup or malap confirm-confirm aku akan terjaga malam tu . benci tau ! kau bayang tetibe kau dah sesedap oren tidur then in the middle of that night kau terjaga balik and dah takleh tidur terus .

tadi aku tidur dalam pukul 11 something macam tu . then aku terjaga . aku tengok jam gantung dalam bilik aku , aku baca jam tu as 6 : 34 AM . then aku tengok jam handphone , agak pelik sebab apa handphone aku tak berbunyi alarm dia . sekali aku tengok jam handphone tu pukul 1 : 33 AM .

agak pelik di situ . aku pun setting balik jam dekat handphone aku as 6 : 34 AM jugak .

then aku dah nak bersiap nak mandi dah ni , nak pergi jogging awal la kononnye harini .
aku pun bukak handphone satu lagi sebab aku terbaca skrin luar dia tulis " New Message from Kak Cik "

aku pun baca la message tu , pastu aku tengok jam handphone tu pulak . aik ??? 1 : 37 AM dahh .
aku pelik la takkan dua-dua handphone silap setting masa kot ??

then aku tengok balik jam dinding bilik aku . then kali ni aku baca jam tu as 1 : 38 AM

CISSSS ! sial je !
rupenye aku tersilap baca jam , jam tu dah betul .
buat semangat aku je nak mandi bagai dahh .

then aku dah tak boleh nak tidur sampai sekarang .

I speak in Manglish , peduli hape aku korang tak suka manglish ?? bye jela !

so ;
okayfinebye ! hihi xDD

October 22, 2011

respond to blogger uwmaisarah : Aku dan PhD

ni blog beliau : sarah

Farah ooi ! sekarang dah 2:09 AM , tak sedor-sedor diri lagi ke ? TIDO LAHHH !!!
ok fine esok kena bangun awal , dah ade schedule untuk esok ( suka paksa )

aku tak suka buat benda tu but now aku TERPAKSA buat for my own God sake .
grrrr! fine aku rasa macam nak speaking . lantak pi lah . bukan speaking in English but speaking in Dialek Terengganu since aku ni kan Blogger Terengganu . HAHA

but , nvm lahh ! nanti susah pulak aku kena buat translation dekat post aku macam si polkadot doughnut selalu buat dalam video-video dia . hahahar :D


okay dah jauh aku merapu sekarang ni , berbalik kepada tajuk post kali ini ,
di-mention-kan nama aku di situ , okay fine tak nampak sudah ,

since I didn't found any good photo of me and the dslr , I think this would be just nice to fit this post ;

btw its teefah's not mine .
gambar zaman 2009 , I thing takde perubahan pun dekat muka tu . >.<
badan je kot makin menggemuk . muahaha~ xDD ^^,

best kan dapat benda tu seketul secara free kann tanpa perlu berusaha kann ??
hahaha , memang best tau sarah

but sarah kena ingat tau , mesti ada something yang sarah ada takde pada orang lain .

you're rajin I think . kalau tak takkan dapat straight A's kan SPM 2010 ?
okay tu first !
you're a good sister you know ?? takde orang sanggup sacrifice untuk adik-adik diaorang macam sarah dah buat . maybe sarah tak sedar sarah dah buat .

memang syok jadi anak bongsu ni , almost semua benda mintak confirm dapat .
mintak je dengan kakak-kakak or mak ayah .
sooner or later confirm dapat .

but , my relationship with my family is not good as the others ,
maybe barang dapat , tapi on the other side of me , kasih sayang tak setanding dengan barangan tu semua .

my mom and dad always selalu layan far macam budak kecik yang memang tak boleh diharap langsung . biasanya my mom lah .
far ni selalu nak memberontak dengan mak . biaselah ayah tak banyak cakap kan , banyak diam daripada menegur anak-anak *adik-adik jangan tiru sifat buruk akak ni yer*

maybe sebab distance umur kot . yelah my mom was 40 when she gives birth to me .

masa dulu-dulu mana dapat benda yang diinginkan . naik sekolah menengah baru boleh nak mintak-mintak sikit .

selalu kalau raya , or kakak-kakak balik cuti kat rumah dulu asyik kena marah je . masa tu kan kecik lagi kan . so asyik geram la .
selalu rasa macam "aku ni bodoh sangat ke berbanding adik beradik aku yang lain ? " , "aku tahu la aku tak selawa anak-anak dia yang lain" , "aku ni jahat sangat ke ? " , "apa salah aku sampai aku kena layan macam ni ?" , "aku ni anak angkat yang pungut dekat hospital mak aku keje ke?"
and benda-benda yang seumpamanya lahh .

aku ingat lagi dulu darjah satu aku tak berapa cerdik sikit math daripada yang lain .
markah aku masa tu 90-93 camtu je selalu. alah math darjah satu kan tambah tolak je , so I'm no supposed to get that kind of marks . masa tu ayah aku belikan aku satu whiteboard besar and the marker and pemadam dia . tiap-tiap malam aku WAJIB belajar math sejam . kalau salah jawab lebih pada sejam la jawabnye aku belajar math .

pastu aku selalu dapat agama D or E . dekat kad kemajuan selalu merah sebab aku tak pandai pukul huruf jawi . yela time tu kan agama just mengeja jawi . HAHA
ayah aku buat satu kertas mahjong yang dia tulis tulisan jawi daripada aliff sampai ya dekat situ
and tampal di dinding yang berdekatan dengan bilik air rumah aku . agak sadis di situ masa aku darjah satu kan . kira macam tekanan untuk aku la kot . hahaha! poyos

tapi hasil dia aku susah payah tu aku dapat anugerah pelajar cemerlang matematik untuk satu darjah dengan sorang kawan aku , Nur Fathia Atiera nama dia . tapi sayangnya anugerah tu ada 2 kali je sepanjang aku bersekolah dekat SK Tengku Ampuan Mariam tu . and sampai sekarang my favourite subject always will be maths :) tapi course aku tak belajar apa-apa berkaitan math mahupun calculus apetah lagi ekonomi atau akaun . hahahar :D

aku rasa sebab blok darjah 6 lama sekolah kiteorang terbakar time aku darjah 2. masa tu cuti akhir tahun kot entah ! dah lupa ! , ada pelajar darjah 6 ni tak ingat tutup kipas and berlakulah litar pintas .
OKAY aku dah melalut cerita pasal sejarah sekolah aku .
dipendekkan cerita kelas budak darjah 6 tu sebenarnye dewan sekolah kiteorang . ala pernah tengok tak satu dewan yang ada partition tu . boleh bukak tutup tu . so lepas pada tu dah takde dah anugerah tu .

masuk form 5 baru aku baik dengan kakak-kakak aku sebenarnye .
aku takdela baik sangat dengan diaorang sebelum ni . masuk U ni barulah kata selalu contact bagai , our relationship getting better .

akak aku cerita zaman aku kecil aku selalu kena marah dengan mak ayah aku .
yela aku faham , diaorang dah umur berapa dah , time lahirkan aku mak aku 40 and ayah aku 49 . ayah aku dah almost 50 dahh kan

aku salah sikit kena pukul , merengek sikit kena marah .
akak aku cerita dia kesian kat aku time tu . yela aku kecik lagi tapi aku kena pendam keinginan aku camtu .
time aku dengar all the story from her aku memang menangis sakan . baru pun lagi dia cerita semua tu. tahun ni jugak time aku kerja dekat Shell tu . yela dia yang jaga aku time aku kecik selain dari mak angkat aku . mesti dia lagi kenal aku kan ?

dia cakap dia takkan salahkan aku kalau aku suka memberontak , melawan cakap and all those things yang berkaitan sebab dia cakap aku dah lama sangat pendam . dia boleh nampak hubungan aku dengan kawan macam mana berbanding hubungan aku dengan mak ayah .

TAPI , takpe aku faham semua tu sebab aku dah besar sekarang . aku faham mak and ayah aku busy , aku ni kecik . patutnya diaorang dah takde anak kecik masa umur macam diaorang kan? mana nak larat seorang ayah yang umur almost 50 ada anak kecik untuk dijaga kan ?

aku rasa ada sebab jugak kan akak aku baru cerita dekat aku kisah aku dulu-dulu kan ?
kalau dia cerita masa aku sekolah lagi mungkin akan menimbulkan kebencian dalam hati aku kot .
dan aku rasa pemikiran aku baru je matang lepas masa almost nak dekat SPM kot .

so this is called EVERYTHING HAPPENDS FOR A REASON !

so live on your life , living your life to the fullest , make a right decision in your life , rebut peluang yang ada sebab jarang peluang datang untuk kali kedua , jangan hampakan kedua ibu bapa anda macam aku dah buat ni .

lepas dah masuk U aku rasa baru okay dengan mak ayah , baru boleh getting very well , HAHA
maybe sebab tak dilayan macam budak-budak dah kot . HAHA

OKAY , dah macam sesi ceramah pulak kan ,
BTW , sarah , you're a lucky girl , everyone has their own story .

PS ; alamak aih ! malunye kalau kakak aku baca post ni , mampus aku , tapi jadikan kisah aku sebagai pengajaran , aku takde niat nak malukan diri aku , adik beradik or mak ayah aku . ingatlah tak ada ibu bapa dalam dunia ni yang tak sayangkan anak-anak mereka . cuma , cara mereka tunjukkan mungkin berbeza , THE END ! :D


okay dah jumpa dah gambar camera aku satu , tu pun tak nampak kann ? hahahar :D


okayfinebye ! hihi xDD

October 20, 2011

nak tahu kualiti handphone korang tak ?

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671
017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

Jawapan daripada status tersebut ;

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Kredit : Amy Liana Ramlan

handphone aku bernombor 357737040858710

alhamdulillah fresh dari kilang . ahaha~ :D

jom pakat check ramai-ramai

#okayfinebye ! hihi xDD

haii :D


hai readers ! *waving hands*

kira konon-konon dah siap la ni ehh edit blog ? heee~ xD

meh nak cite sikit , kawan-kawan aku dah ramai fly overseas
ada pergi alex , tanta , cambridge , moscow , banyak tempat lagi lahh .

tak kurang yang tengah foundation tunggu time je nak fly macam orang nak pergi uk , jepun , etc .

best je kan tengok dia orang semua tu ?
yela , sape suruh aku masuk sekolah ramai best student kann ??
pastu mulalah start jeles tengok kawan-kawan .
# nasib kau la labuu ;P

nak jugak aku merasa duduk negara yang ada empat musim

nak berpanas on summer

nak bewarna-warni pada musim spring

nak bermain salji pada winter

lastly nak beromen beromantika pada autumn



HAHAHA !
oh ye , aritu Mr. Moscow call ,
hahaha , lawak jela dia tuh
macam-macam diceritanya macam tak cukup nafas pulak nak cite sume HAHA

bile ehhh dia call , jap aku tengok call list
ON ; October 5 , 2011

pehhh , aritu la sangat , dah lama dah kott . muahaha~ XD
takpela , menghargai orang nun jauh di sana call . hahaha ;p

syok je dengar dia cerita itu ini , ala pengalaman orang duduk di perantauan .
boleh diambil iktibar sedikit sebanyak kann ?? ahaha~

okaylah nak pergi buat air teh pulak . aku kan suka minum air teh malam-malam
arini tak minum lagi


so ;
okayfinebye ! hihi xDD

October 19, 2011

xDD

blog dah tak private
tapi , tapi , tapi tak siap edit lagi lahhh !
hadoiii !
header , background je baru siap
takpe lahh ! tak kire nak publickan balik jugak bloggg ! ;p
#noob ; HAHA ;p

so cuba jenguk atas kejap , kejapp jeeeee !
tuhh , tengok header tuhh !
okayy !
header tu contribute to all my friends ,
#theeeee~ ;D

terharu tak ada gambar korang ??
alaaa , terharu lahhh! ;ppp

#okayfinebye! hihi xDD

October 3, 2011

whatever major loser !

kalau kau rasa course kau tu dah hebat sangat, nak canang seluruh dunia yang course yang kau ambik hebat sangat tu SILAKAN

aku tak peduli la kau nak cakap apa sekalipun, get lost with your attitude !

aku tak pernah nak canang dekat blog ni sekalipun yang course aku ni ape, macam mana

pernah ke kau buat raplika binatang guna dawai besi, PERNAH ? tak pernah kan?
aku DAH buat, aku DAH rasa luka-luka di tangan aku tu bagai

pernah ke kau buat perabot like kerusi,meja,almari guna board
sebijik jadi macam all those furniture?? PERNAH?? tak pernah kan?

pernah ke kau planning untuk buat your own house design??
buat model-model tu semua?? PERNAH?? tak kan??

apa lagi, pernah potong model board jadi cubic-cubic yang kecil, kena ada corak-corak segala atas cubic tu? cubic tu ade its own principal that we must follow. pernah? tak kan??

kau takkan tahu bagaimana rasanya jari jemari luka dibaham cutter. tak tidur malam siapkan model, client board, concept board, space planning, layout plan, ceiling plan, section, perspective.

tu hanya kami yang rasa.
kau tu sesedap mulut je cakap course aku ni tak boleh makan nasi, makan pasir je.

HELLO!
course aku nak buat perspective saje pun dah boleh makan juta-juta.

kalau kau rasa kau hebat sangat, bidang kerja korang ada orang selalu sebut ke?
apa kerjaya yang orang pandang tinggi kau tahu tak?
Doktor, engineer, architect, saintis
tu yang famous kan?
yang boleh buat banyak duit kan?

wey, jangan cakap banyak la!
mulut tu kasi jaga sikit.

ONE MORE :
untuk mereka di luar sana, Interior Design tokohnya bukan ERIC LEONG
itu senihias dalaman. kami SENIBINA dalaman.
Interior Design is Interior Architecture. DESIGNERS ARE NOT DECORATORS !

August 15, 2011

BEL120

officially tadi pukul 9.45 aku langsai melaksanakan hutang-piutang test bel ni
seksa betul nak boleh menghabiskan test bel nih, makan masa 3 minggu jugak

first week listening test
the second week which is last week speaking test
tadi barulah Grammar Test.

fuhhh! habis pun membebel
lama la pulak tak merapu dalam blog ni. harharhar
anyway nanti aku nak keep on merapu lah, best ape. huhuhu :P

June 5, 2011

photobucket????

gosh !
what happend to my blog?
grrrr! baru 2 minggu tinggal ni. belum 2 bulan or 2 tahun lagi ni !

nanti aku baiki balik. haish! hilang mood nak berblogging tengok keadaan blog yang agak parah ni ! geram,gerammmm!

May 21, 2011

at Perak .

assalamualaikum . :)
teman udah nyampai di perak ni haa!
now dekat Batu Gajah .

dekat je hah dengan UiTM Seri Iskandar ni .
dalam 15-20 minit je lagi hah .

esok pagi ada sorang budak tu kan , dia kena bertolak seawal 6.30 PAGI from Padang Rengas tauuu!
padan muka ! welk!! :PP

ade ke aku nak pergi dating budak tu cakap " satgi teman bace yasin tepi telinge kome berdue"
esok daftar masuk universiti .
haih~ risau aku satgi kena ragging!
( dah practice guna teman-kome )
esok dah jadi SISWI okayy! HAHAHA

malam ni tidur rumah mertua kakak aku ( abang ipar aku punye parents )

so esok pagi aku nak daftar awal-awal
nak pergi chopp katil lawa, meja study lawa, locker lawa, pakwe lawa .
upssss!

May 19, 2011

Story : Part 1



dijadikan cerita , since 16 Januari 2011 ( kalau tak silap )
aku dah start kerja dekat Shell sebagai Cashier bertauliah ( heh : perasan ) XD

sampai 30 April 2011 . dalam 3 1/2 bulan . 4 bulan la kalau digenapkan , kan , kan ?? hehehe

dengan itu , di sini aku ingin mengepost sepohon , dua gambar-gambar warga Shell Kuala Nerus ( Shell Batu 6 ) opsss! sekeping la .

kak aishah , kak ena :)

idruss , ejat , kimie :D

May 18, 2011

saya kembali !

assalamualaikum , greetings all ! :)

wahh , wahh , wahh !
aku dah start blogging balik dah .
dah 2 bulan aku menyepi nih .
tak boleh jadi ! kena update la story-morry baru untuk para followers terchenta nih !
nanti kita catch up balik apa yang korang ketinggalan selama 2 bulan ni yerr???

btw,
layout sudah tukar !
berbunga-bunga , ewww!
PINK lagi !
HAHAHA :PP

bior leeee!

so ,
welcome back Farah Zoey :D

March 21, 2011

somebody someone

ada someone yang sangat ambil berat pasal saya
ada someone yang selalu ada through high or hell
ada someone yang sangat pandai menjaga diri saya

there's somebody yang saya tak sanggup kecewakan atau membiarkan dirinya kecewa .

its not to late to tell that somebody someone yang saya sayangkan dia :)

March 13, 2011

Alhamdulillah lulus :)

Syamim Nadiah suruh upload pasal hari ini . hahaha

Hari ni sangat best and kelakar ! Muahaha~ XD

Minggu lepas, 6/3/2011 aku test JPJ

Tapi takde rezeki lagi nak bawak kereta atas jalan secara sah , so duit aku melayang lagi another RM90 sebab aku failed dekat Bahagian II (naik bukit, parking, jalan mati a.k.a tiga penjuru)

Tapi sebenarnya aku terkandas dekat jalan mati tu je . buat malu kaum kerabat jela aku ni !

Kandas dekat tempat yang paling senang . jalan raya boleh pulak aku lulus dengan cemerlang(ecehhh! hahaha) 17/20

HAHA

So harini aku re-test

Seawal 5 pagi aku bangun pagi tadi . buat apa-apa yang patut as a human being .

Pastu aku tunggu masuk waktu Subuh solat-solat terus tidur balik ! HAHA

Dalam 7.30 aku bangun pastu pakai-pakai baju, gosok-gosok then belit-belit shawl ( pakai shawl baru beli pulak tu. Shrettt! HAHA )

Aku and ayah aku pergi makan dekat kedai seberang jalan besar rumah aku ni . HAHA

Then aku pergi PSM , fyfah text cakap dah sampai . aku re-test dapat nombor 6 . fyfah pulak nombor 9 . HAHA terbalikkan je . dua-dua pukul 8 pagi ye anak-anak .

then aku sangat terkejut ! ayah aku datang tengok aku nak test ! wahhhhhhh! memang sangat tidak disangka-sangka !

selama ni semua benda aku buat sendiri. orang lain mak tengok lah,ayah tengok lah ,abang tengok lah , kakak tengok lah, tak kurang jugak kekasih hati. hahaha

Pastu punyelah lama . 10.23 pagi baru dapat turn aku

Nasib badan la labu~

Time tunggu tu aku duduk lepak-lepak and duduk berdebar-debar dengan Fyfah, Nazihah, Tehah, Izyan. HAHA

Pastu duduk aku teringat doa time exam SPM yang cikgu bagi kertas colour PINK tu adal dalam purse aku . hahaha

So, baca doa berjemaah la kiteorang . hahahaha. Mmg lawak time tu . fyfah yang bacekan , tapi dia duk tahan suka, last-last terbunyi-bunyi jugak suka tu sikit. Hahaha

Last-last semua baca doa sendiri-sendiri . dahla dalah kertas tu ada doa penerang hati, doa lembutkan hati pemeriksa, senang cite memang complete la untuk orang nak menghadapi exam. HAHA

Time abang hensem PSM panggil nama aku suruh pergi dekat pondok test tu . huaaaa!

Berdebar-debar toksah nak cakap ! lagi berdebar dari minggu lepas tu !

Dahla cikgu aku minggu ni pun jaga dekat parking tu !

Lagi la aku ni naik berdebar-debar . hahaha

Here the story ;

Aku pergi dekat pondok tu, pastu cikgu aku cakap “ Rah, mu gi kat kete nombor 65 tu nehh? Bawak kete tu”

Time aku on the way to that kereta tu mulut aku dah start terkumat-kamit baca surah 3 Qul dengan Ayat Kursi . hahha~

Time dekat naik bukit tu, first tu tayar kereta aku lebih almost separuh daripada garisan kuning . abang JPJ tu tanya aku

JPJ : awak nak dop ni? ( he means awak nak ke tak tayar macam ni? )

Aku : eh,eh saya takmoh! (sambil geleng-geleng kepala)

JPJ : dah awak undur ney

Aku : *angguk-angguk*

Cikgu : Rah, tekan clutch, break tekan slow-slow, jangan pijak garis putih, jangan langgor tiang, kekgi mu kandas pulok kang.

Lepas tu aku buat . the best ever lah ! memang chantek cikgu aku cakap ! hahaha

JPJ : OK bereh ! comey doh or ! turun ar ( dia suruh turun from bukit tu )

Aku : ehh, tuan takmoh tanye ke nama saya nape ? bukan kena tanye?

JPJ : dakyoh tanye ar. Tau doh nama awok nape.

Aku pun turun . hahaha. Lepas tu aku start balik terkumat-kamit baca surah 3 Qul dengan Ayat Kursi .

Aku pun buat parking dengan jalan mati dengan mulut terkumat-kamit tu . hahaha

Aku selamat je buat 3 perkara tu. Time aku turun dari kereta tu aku macam bunyi “hua,hua,hua”

PSM bertugas tanya aku

PSM : ehh, guane nangis? Langgor tiang ke ?

Aku : dop ar cikgu. Minggu lepas je saya langgor tiang,minggu ni dop doh. saya Debo!

PSM : HAHAHA. Relax ar. Lulus dah kan.

Aku : debo agi cikgu, kalu ke-dua dah ni ekpun.

Time aku sampai kat pegawai JPJ tu .

JPJ : awak bace nape tadi ? saya tengok mulut awak dari tadi terkumat-kamit.

PSM : jampi ke ? hahaha

Aku : dop la tuan, saya bace-bace sket.

PSM : bace nape ?

Aku : 3 Qul, Ayat Kursi

PSM : bakpe dop bace sekali ayat penerang hati?

Aku : errr???

Kenakan aku pulak cikgu tu . hahahaha

PS : maaf post kali ini bertaip bahasa Terengganu . tak faham silakan bertanya ye .

March 5, 2011

esok !

esok test JPJ . takutttt ! ! ! !

UPSR : TA0011007
PMR : TA021 K137
SPM : TA022 A037
JPJ TEST : 37

pukul 8 pagi nombor 37 ye kawan-kawan .
ade ke patut . asyik 37 je nombor giliran . hahaha

esok jugak on the same time 8 a.m
21 . teefah
24. fawwaz
36 . fyfah
38. fatin liyana

pastu yang pukul sebelas and ulangan pun ada je orang aku kenal
maryam , wanna , fatin adlina , saufi , adlina sofia , ainaini hidayah , n ramai lagi !

February 27, 2011

lesson and license .

aku tersangatlah nak update tapi sesungguhnya aku tak ada idea .
kering , kosong , sifar , i'ilek , la , zero , empty , dan seangkatan dengannya .

aku sedar aku dah besar .
almost 18 years old dah . sekarang ni 17 tahun 2 bulan 7 hari .

banyak aku belajar tentang kehidupan di dunia luar lepas habis SPM ni .

1. perasaan penat bekerja
2. tahu apa makna tanggungjawab
3. apa erti ANAK DARA yang sebenarnya
4. makin rajin bersih bilik sendiri and rumah ( sebab dah sedar diri! )
5. bawak kereta manual of course . HAHA


okayy-okayy !
ada macam-macam aku nak cerita sampai tak tercerita !

last and least ,
TEST JPJ 6.3.2011 with teefah , fyfah .
btw , camim dah dapat lesen kereta tadi !!!!
SANGAT JEALOUS !

kak cik and sarah bila pulak nak buat lesen kereta ni ???

February 24, 2011

kisah tahi lalat

kebelakangan ni aku asyik duk dengar

lawo la tahi lalat awak dekat bawah mulut tu

itu tahi lalat banyak mahal

nampak sangat ke tahi lalat aku tu ?
tahu la tahi lalat tu tahi lalat hidup .
tapi segan la kalau cakap camtu

orang cakap orang yang ada tahi lalat dekat bahagian mulut ni .
tak kira la tepi , kiri , kanan , atas , bawah .
orang-orang tersebut sweet . ye dopp ? ( perasan ye di sini HAHA :PP )

February 20, 2011

faceblog

all bloggers , come and join us on the new website called faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

February 15, 2011

lama tak update blog

so hari ini saya sudah update ye kawan-kawan !
dah follow semua blogger yang follow 2 bijik blog saya ni . Hihi XD

mahu upload gambar-gambar hari ini ye kawan-kawan semua .
so jom kite enjoy !

moh kita tengok . HAHAHA

tuan blog adorablefara yang tak berapa nak adorable . HAHA
errr . tiba-tiba mata sepet tu awat farah ooi ? ahaha~ XD

yumm2! Hihi XD

JUMAAT February 11 , 2011

SABTU February 12 , 2011

on raya cina haritu . HAHA

CONTEST MUNCUNG PALING CUN HABIS



SYARAT2 ;
1. mestilah menjadi follower blog WawaWinkie nieh
2. buat satu entry khas dengan tajuk "CONTEST MUNCUNG PALING CUN HABIS" dan linkkan terus dekat post nieh
3. letakkan banner di atas nun kat entry tersebut dan di sidebar
4. letakkan 1 keping gambar SAHAJA yang menunjukkan muncung korang yang cun habis..
5. tag 5 rakan follower korang (pastikan diorang tahu)


x. tarikh tutup adalah pada 28 FEBRUARI 2011

x. dah habis semua tuh korang tinggalkan LINK korang kat entry post nieh ek. wa akan tengok semua link yang korang tinggalkan

x. pemenang akan ditentukan berdasarkan gambar posing muncung korang yang wa rasa paling cunn habis.

x. hadiah?? SURPRISE..!!

NAH !

tak lawa la gambar ni . huh !
ahahah~ takpo2 . cukup-cukup syarat dahla . asal ada muncung . Hihi XD

mula-mula ingatkan nak letak gambar lain . hahaha .
tapi biarlah . dahla tu gambar orang lain .
kena marah pulak kang karang dengan tuan empunya badan .
hesh! naya tu !

tapi saya takde orang untuk ditag la .
aduhh ! 5 orang pulak tu . adoii la . biar jela aci tak ?

January 12, 2011

saya taip guna On-Screen Keyboard ni !

thanks Farah sebab tag ! :) quick update ! XD

Full name : Farah binti Abd Rahman .

Date-of-birth : December 20 , 1993 / 6 Rejab 1414 .
Age : 17 years and 23 days .
Married : bujang lagi la ! tak ada lagi " pak su " untuk korang ye anak-anak saudaraku .
Zodiac : Sagittarius .
Foot-size : sungguh besar bagi seorang perempuan . saiz 8/9 @ 39/40 . amek kau ! kalau tengok dengan mata nampak macam kecil je .
Weight : shhhh ! ngahaha XD
Height : kaki je besar tapi tak berapa nak tinggi 149 cm sahaja . T__T
Nickname(s) : farah , far , abey , zoey , fara , ells . ;)
High-school(s) : SK Tengku Ampuan Mariam , SMKA Tok Jiring .
College/University : tunggu bulan September ni ye !
Last-thing-I've-just-did : selagi ada waktu , selagi ada rindu , biar beribu batu , ingin aku bertemu ( menyanyi ) .
My-room-condition : fine ! haha
Having-a-relationship ? For many times ? : tak main benda camni .
Take Your Own Picture Now and Don't Edit .



About Others

Name-of-your-gf/bf-right-now : ah chong ( nama ape la ni ) seriously tipu .
Name-of-the-person-you-miss-the-most-right-now : A-M-I
Name-of-the-person-you-hate-the-most : lelaki yang kurang ajar , manusia yang suka menggunakan kata-kata kesat , orang yang mempermainkan perihal ISLAM .
Name-of-the-last-person-you've-hurt : kak cik KOT . sorry far bad mood pagi tadi .
Name-of-your-pet(s) : comel , kuning . tapi dua-dua dah mati since sekolah rendah .

About myself

Pernah korek hidung ? : siapa yang tak pernah tu bukan manusia agaknya kot .
Pernah baca mesej pastu senyum/gelak sorang-sorang ? : tiap-tiap hari . HAHA
Pernah gayut sampai tertidur ? : Pernah . bergayut dari 11 malam sampai 5.45 pagi pun pernah .
Pernah kentut di khalayak ramai ? : pernah . tapi takde bunyi and bau . XDD
Pernah tidur dalam kelas ? : tabik la kepada sesiapa yang tak pernah tu .
Pernah pukul orang ? : pernah . hahaha XDD
Pernah nanges depan awek/pakwe ? : ape kes ? tak macho betul !
Pernah kena birthday prank ? : tidak .

First time

Kena marah : entahla labu .
Duduk jauh dari family : selalu .
Tengok wayang : form 2 . filem CINTA .
Ponteng kelas : selalu sangat sampai lupa bila first time .
Jatuh cinta : cinta ? hahaha . right now ;pp
Accident : 5 tahun . motor naik atas dada . macam nak pecah rasa .

Tag 4