" dan dan aku masih tetap di sini , ku lewati semua yang terjadi , aku menunggu mu , oo ooh , aku menunggumu " - Hijau Daun
daripada sehari ke setahun , daripada setahun kini sudah bertahun-tahun . sekarang bulan July .
saya dah lupa berapa July tapi saya ingat bulan July ini lah awak pergi tinggalkan saya 3 tahun yang lalu .
oh kejap hati aku kena pause sebelum dia keluar ayat jiwang lain . hahaha
ni blog tengah renovate ni . diulang suara renovate ye sayang sekalian :))
jap nak recall apa sebenarnya aku nak cakap eh ? sebelum tu tengok dulu minah cun ni xDD
oh aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada manusia-manusia kesayangan aku si bertiga tersebut .
Sarah , Latifah dan Kak Cik
aku belajar untuk mencari pengganti mereka di sana ( Seri Iskandar ) tetapi tidakku ketemu jua .
oh rasa macam nak buat
Tinta Hati seperti cik
Sarah lah pula
sorry lah Sarah kalau ada similarity di sini beta sudah kreditkan tuan hamba di atas . maafkan beta sekali lagi ya tuan hamba .
dulu time sekolah rendah aku ni budak bandar lah lebih kurang aku sekolah dekat SK Tengku Ampuan Mariam . betul-betul in the middle of Kuala Terengganu sekolah aku tu
aku percaya sekiranya diukur dan dikaji dari sudut geologi tuan hamba sekalian tidak akan sangsi dengan maklumat beta ini .
bila dah masuk sekolah menengah aku mula jadi budak kampung . takde lah kampung pun lebih kepada pinggir bandar .
di SMKA Tok Jiring banyak benda aku belajar , ramai orang aku kenal , dan aku kenal manusia-manusia kesayangan aku di sana .
tapi bila aku melangkah setapak ke hadapan , aku ditempatkan di sana ( since sekarang aku practical so Seri Iskandar terus ku gelarkan di sana , cewah )
di sana aku dapar course " Interior Architecture " course ini dulu dipanggil " Interior Design " dah telah ditukar kepada Interior Architecture kerana kecelaruan maklumat orang awam menyamakan kami dengan Interior Decorator . ( kalau aku rajin aku post pasal perbezaan tersebut ) kalau k kalau lagi :PP
maka di sini aku rebah , aku rebah hanyut dengan arus kerjawi ( ?? )
as an Architecture base student , course kami memang super duper busy .
assignment melangit ( mesti korang cakap elehh assignment kitaorang pun banyak jugak )
tak dan tidak . sama sekali tidak sama sebab kami assignment berupa project .
markah kami 100% based on our project work . tiap-tiap minggu ada crit session ( critic ) ,
dan di sini aku terasa aku makin lupakan kawan aku
aku rasa ada je aku tak wish birthday *selalu sangat birthday korang time tu submission date*
aku tak tahu dah berapa bakul yang terasa dengan aku
dan di sini aku belajar untuk tidak outspoken macam di sekolah .
dekat sini aku tak sepenuhnya aku
okay tolak part banyak cakap tu je sama . tapi yang lain tak sepenuhnya aku tunjuk .
dan di sini aku belajar erti fake .
YA . mereka yang fake . belakang kita kemain berapi fitnah kita , kutuk kita
depan kita kemain lembut suara .
aku tak faham jadi diam salah , jadi tak cantik salah , jadi tak glamour salah , jadi baik sikit salah
okay pokok pangkalnya kalau kau tak glamour automatik kau tak cantik , tak pandai , tak layak jadi kawan lah senang cerita . kenyataan
dan aku still tercari , mereka yang satu hala tujuan denganku
dan di sini aku temukan yang tiada pengganti kawan-kawan di sekolah aku .
dan aku still ada 3 orang ini untuk melepaskan lelah . mereka yang tidak kisah apa jua keaadan berlaku kepada diri aku .
dan pabila kami mendiamkan diri , sibuk dengan tugasan masing -masing aku kekosongan jiwa .
dan dijadikan cerita disebalik semua ini aku rapat dengan si F .
oh aku bukan kenal dia di Perak sana , dia senior sekolah aku dulu .
aku tidak tahu bagaimana tapi dia ada di kala aku duka .
oh bukan nak harap dia jadi crying shoulder tapi aku tetap manusia biasa memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa .
dan dia tak kisah dengan kecelaruan jiwa aku . kadang kala aku sedih , aku sayu tapi aku tak tahu apa untuk disayukan .
dia ni pun belajar nun jauh di Mesir tapi dia still ada masa kadang-kadang call aku ( degil aku cakap jangan call nak call jugak )
sampai satu saat , time tu aku final project sem 04 . dah nak dekat submission .
bayang aja kalau tu ayah korang . korang tahu lah macam mana rasa dia
ayah aku jatuh sakit , dia ada untuk call aku , comfort aku .
dan aku berterima kasih . dan aku mencari sahabat sebegini lagi .
dan aku tahu terlalu sukar untuk kuganti mereka dengan yang lain .
dan untuk si dia . kita panggil dia R pula .
dia seperti ini juga once . dia pernah hadir dalam hidup aku dan tidak melampau jika aku katakan di paling terkesan dalam hidup aku ini .
R juga seperti mereka . malahan R seperti aku pandang diri aku dalam cermin .
dia tahu nak tegur silap aku , dia tahu di mana aku perlu perbaiki permasalahan melanda jiwa aku ,
dia tahu membeli jiwa aku , dia tahu apa kegemaran aku dan dia juga tahu untuk melukakan hati aku .
tetapi walau aku terluka , ada mereka yang lain tegar membela
mereka yang menghargai , mereka yang menyayangi , mereka yang mencintai
dan aku berterima kasih dengan kehadiran mereka dalam hidup aku ;))
dan aku tahu terlalu banyak penggunaan "dan" dalam entri ini
PS : nak bear niiii ! :'(