November 12, 2013

belum pernah



setiap hari aku cuba bertahan
kerana aku tahu siapa aku untuk dibandingkan dengan engkau
tapi luka di hati aku sudah terlalu dalam
yang engkau sendiri pahat
yang engkau sendiri bina

ya aku silap
tapi siapa yang mendorong aku jadi begini
siapa ?


mungkin kau tahu nama aku
mungkin kau sebahagian besar daripada hidup aku
tapi pernahkah kau mengerti hati ini ?
pernahkah ?

pernahkah sejenak kau risaukan diri ini ?
pernahkan sedetik kau kasihankan aku ?

kau toreh luka di atas parut lama aku
kau curahkan asid di atas kecederaan aku


pernahkah sejenak kau bilang berapa banyak air mata aku menitis selama ini ?
pernahkah kau cuba untuk memahami hati ini ?
pernahkah kau menjadikan aku sebahagian besar daripada hati engkau ?

mungkin aku bukan yang terbaik
mungkin mereka lebih baik
tapi di hati aku , kau sentiasa terbaik

kau bukan tak tahu derita aku
tapi kau tak pernah ambil peduli

bagi kau kebahagiaan itu melalui kewangan
bagi kau kebahagian itu melalui kebendaan
bagi kau aku sudah ada semua
bagi kau aku dah cukup selesa
bagi kau aku dah cukup bahagia

tapi pernahkah kau kira ?
berapa kasih sayang sahaja yang sebenarnya aku ada ?
pernahkah kau hulurkan sedikit pujukan
di saat aku keresahan ?


biar aku dengan kekerasan hatiku
kerana kekerasan hatiku yang mengajar aku untuk sedar diri
yang aku bukan sesiapa di dunia ini

mungkin kau tak sedar kewujudan aku
mungkin juga kewujudan aku tidak memberikan kesan di hatimu
mungkin juga kewujudanku meninggalkan kesan negatif di hatimu

aku cuba untuk selami hatimu
aku cuba untuk mengira titisan air matamu
aku cuba untuk membaja hatimu

tapi...
aku tahu tak pernah satu pun berkesan
tak pernah satu pun kau perasan
tak pernah satu pun kau inginkan

biarlah aku begitu di hatimu

biar saja aku jadi si degil
biar saja aku jadi si singa
biar saja aku jadi siapa yang engkau fikir
biar saja aku jadi dia yang engkau fikir engkau kenal

kerana kau tak pernah cuba untuk mengerti
kerana kau tak pernah cuba untuk menyelami
kerana kau tak pernah cuba untuk mendekati
kerana kau tak pernah cuba untuk merasai
bagaimana rasanya seorang AKU .....


No comments: