February 21, 2010

bad mood kot :(

apa perasaan korang bila orang yang korang sayang, orang yang sentiasa ada disamping korang dah dikebas oleh orang lain

okay,okay, aku tahu
tak semua benda dalam dunia ni kekal.
benda yang hidup akan mati
barang yang baru akan jadi lusuh jugak suatu hari nanti

tapi aku?
ya, aku tahu daripada muda aku akan jadi tua
daripada hidup aku akan jadi mati

tapi untuk sekarang aku masih hidup *Alhamdulillah*

cuma yang ingin aku nyatakan di sini
kenapa setiap yang aku sayang mesti kena pergi?
kalau pergi kerana ketentuan Illahi aku redha, aku terima

tapi sekarang?
sejak sekolah rendah
aku selalu kehilangan kawan baik aku
selepas bertahun-tahun dia menghindari aku,
dia datang minta maaf, cakap dia tahu yang sebenarnya dia yang salah
aku cuma mangsa fitnah orang yang berhasad dengki

sampai bila semua tu nak terjadi pada aku?
sampai tua? sampai aku kerepot?

mula-mula aku kehilangan kawan sewaktu aku darjah enam. dia cakap kat Maddam kiteorang yang aku bawak pengaruh buruk dekat diaorang
dia reka cerita yang aku tak dapat nak terima
aku tahu cerita tu daripada mak aku sendiri. Maddam tu panggil mak aku datang sekolah dan ceritakan pasal hal ni dekat mak aku
aku terkesima. selepas disiasat-siasat rupanya punca diaorang fitnah aku kerana aku tidak setaraf otak dengan diaorang
macam ni. every time exam, aku selalu dapat 4A 1B and the B was English and I got 78% or 79% in every exam. tak pernah naik or turun. talkuk tu aja.

tapi pernah korang semua fikir? yela, korang kan 5A semua kan masa tuh?
tapi siapa pelajar terbaik Sains? Matematik? aku kan? aku yang bodoh ni kan?

so, wajarkah korang menilai seseorang berdasarkan sesuatu perkara?
mana pergi peri kemanusiaan korang semua?
mungkin aku tak terror english.
tapi its not that bad dapat 78% and 79% tak munasabah aku takleh inprove jadi 80% kan?
manusia, hanya tahu cari kesilapan dan kelemahan orang sahaja.

sebenarnya aku bukan nak post aku bad mood pasal ini.
tak ada kena mengena pun sebenarnya.
tiba-tiba teringat kisah lama.

harini aku macam down sangat-sangat
knowing my horrible result
kalau buat graf orgive kan, graf yang jatuh merudum
memang teruk sangat-sangat

upset gile sebab knowing my Bahasa Melayu I just got 69%
satu lagi nak A. aduhh.
knowing my Mathematics tak dapat A (first time math tak dapat A)
aku siap nagis-nagis lagi harini. aku tahu aku manusia yang lemah
aku tahu aku perlukan perubahan dalam hidupku
aku tahu aku telah jatuh. moga-moga air mataku tadi menemaniku dalam perjalanan hidupku untuk bangkit kembali daripada marcapada hidup yang liar ini.
knowing my friends (adalah beberapa orang tu) tak suka dengan perubahan aku

salah ke kita berubah jadi manusia yang lebih baik?
salah ke aku nak jadi rajin?
salah ke aku dah taknak banyak cakap dengan korang?
salah ke aku dah taknak layan korang merapu macam-macam masa cikgu mengajar dekat depan
dan salah ke aku menjalankan amanah yang tergalas diatas bahu aku?

salahkah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak?
aku dah tak sanggup menghampakan harapan ibu-bapa aku

aku nak diaorang tengok aku sebagai orang yang berjaya
aku nak jadi anak diaorang yang paling berjaya

aku nak pergi belajar abroad
salah ke aku nak kejar cita-cita aku?
abang ipar aku dah janji kalau aku dapat result bagus, dia akan tolong aku untuk aku pergi mana-mana negara yang aku suka. aku tinggal pilih sahaja. tapi dengan syarat result aku power
since abang ipar aku ketua fakulti dia dan merangkak dekan dekat U dia tuh.
aku kena gunakan kelebihan ini dengan baik.

salah ke aku nak menjalankan tanggungjawab aku sebagai pelajar?
ingatkah semua , menuntut ilmu adalah amanah

dan yang terakhir
salah ke aku menjalankan amanah aku sebagai seorang muslim?


aku rasa jawapan kepada semua persoalan aku di atas jawapannya tak salah kan?
betul tak?

sebagai manusia kita mestilah berubah ke arah kebaikan
yang baik menjadi makin baik
yang kurang beramal jadi semakin beramal

kita memang tak boleh selalu puaskan hati orang
kalau dahulu aku cuba untuk menjaga hati semua pihak, tidak lagi untuk kali ini
aku sudah tegas dalam menentukan masa depan dan arah tuju hidup aku
aku dah tak peduli apa orang lain nak cakap
cakaplah selagi korang rasa korang ada mulut
umpatlah selagi korang masih rasa benda itu mendatangkan pahala
kejilah diriku walaupun aku tidak salah apa-apa

" manusia yang lemah melepaskan peluang, manusia yang biasa menunggu peluang, manusia yang berjaya mencari peluang TETAPI manusia yang hebat MENCIPTA PELUANG"

5 comments:

Raji and Yeen said...

larh xpe2 no nid to be dissapointed dgn result gitu..
nih bkannyer exam yg last
still got spm for u to score for the best~ put more effort on ur study.. blajar toi2 jgn hmpakan harapan ibu bapa tersayang..
ahahahaha dasyat nyer ayat~

Farah Zoey said...

ahaha~
thanks
good advice.
love it <3~ :)

tulah. nak usaha betul2
ni dah thun last
taknak hampakan harapan mie ngan abah dah!

Sarah Sylph said...

chaiyok farah, xsalah berubah selagi utk yg terbaik 4 urself, chaiyok! pedulikan kata orang!

Sarah Sylph said...

aik?

Farah Zoey said...

tulah.
peduli ape orang lain
kita yang nak berjaya
diaorang taknak tu sudah la